Wednesday, 20 March 2013

Sayangilah Ibu Bapa Mertua Kita

Assalamualaikum


Ibu bapa sendiri pasti la kita sayangkan? Tapi bagaimana pula dengan ibu bapa mertua? Jangan sesekali sisihkan mereka dalam hidup kita kerana taraf mereka sama dengan ibu bapa kita sendiri.  

Uolls semua tahukan selama ni saya tinggal dengan keluarga mertua. Alhamdulillah sampai ke hari ni dah hampir setahun setengah kami hidup sebumbung tanpa ada permasalahan yang timbul. Saya pun rasa tenang dan bahagia sangat sepanjang berada disini. Dilayan seperti anak sendiri serta ada adik-adik ipar yang menceriakan suasana. Syukur Alhamdulillah.

Hmm..Rutin harian saya sebagai suri rumah yang goyang kaki..hehe..tidaklah memboringkan seperti sangkaan kebanyakan orang. Waktu pagi biasanya saya ikut mak mertua pergi joging. Balik menghadap laptop ataupun kami borak panjang-panjang. Ye lah, berdua saja kat rumah. Mak mertua suka bercerita dan berkongsi pengalaman. Ada saja yang nak disampaikan. Walaupun saya banyak bicara, namun bila mak mertua berbicara saya akan mendengar dengan tekun sambil angguk-angguk kecil.. sesekali menyampuk time perlu dan selebihnya senyum dan ketawa. Waktu tengah hari pula kami masak sama-sama. Bestkan? Banyak resepi yang saya dah belajar. Rasa bertuah sangat dapat tinggal dengan keluarga mertua.

Biasanya abah mertua dengan Mr.K balik kerja serentak. Sebab tempat kerja mereka berhampiran dan di kawasan yang sama, Petronas Paka. Haa.. masa ni kami sebagai isteri mula menjalankan tanggungjawab masing-masing melayan suami. Biasanya Mak dan Abah mertua suka lepak-lepak kat beranda rumah sambil minum kopi. Kadang-kadang kami join sekali bila ada hal nak dibincangkan, kadang-kadang kami lepak depan tv sambil minum milo. Hihi..Citarasa orang berumur dan orang muda lain sikit. 

Haa tu baru bab rutin harian. Ok, masuk bab puji memuji serta penghargaan pula..

Kenapa saya sayang sangat kat mereka ni? Mereka macam tak ada banyak kerenah tau. Macam suami jugak sifatnya. Adik-adik ipar pun sama. Langsung tak ada perasaan iri hati, nak marah-marah orang, mengumpat, cerewet dan sebagainya. Mungkin ini cara orang bandar kot. Tak sama dengan keadaan kat kampung. Dan saya juga banyak belajar dan berubah kerana sifat mereka yang cool. 

Mak dan abah mertua memang tak pernah masuk campur hal rumahtangga kami. Tu yang saya rasa amat bangga dengan pendirian mereka. 

Dan sebagai penghargaan, kami selalu menghadiahkan sesuatu untuk mereka terutama pada hari-hari tertentu seperi hari lahir, hari ibu, hari bapa.. serta hari raya. Mereka juga kalau pergi melancong kemana-mana mesti ada sesuatu untuk kami. 

Ituah kisah saya bersama keluarga mertua yang hidup sebumbung dengan happy dan tenangnya.


Jadi kepada anda diluar sana yang sudah berkahwin, pandai-pandai la menghargai ibu bapa mertua. Tanpa mereka tiada la kekasih pujaan hati kita. Jangan sayang bini or laki je. Keluarga mertua pun kena sayang juga. 

Ramai yang tidak serasi dengan keluarga mertua. Ada yang cerewet la, suka masuk campur dan macam-macam hal lagi. Tetapi, setiap masalah tu ada jalan penyelesaiannya. Yang penting hati kita kena jaga. Jangan ada sekelumit rasa iri, benci, tak puas hati dan sebagainya. Kalau ada terasa hati sikit-sikit tu lupakanlah. Ingat.. Hidup dengan keluarga kertua ni kena..

- Rajin
- Ceria selalu
- Jangan kedekut
- Jangan cerewet

dan banyak lagi yang anda semua boleh fikir sendiri sebenarnya.

Kesimpulannya, tidak semua ibu bapa mertua berhati tidak baik. Jangan terpedaya dengan cerita-cerita kat tv yang mengisahkan tentang ibu mertua jahat dan sebagainya. Walaupun memang ada yang bersikap demikian, namun fahami dan cari jalan penyelesaian yang terbaik. Ingat! Suami tak suka kita burukkan keluarganya. Jika dia boleh hidup dengan keluarganya dari kecil sampai besar, kenapa kita tidak boleh?


Thank You for reading my entry!

16 comments:

Hasri Anis said...

belum ada mertua mahupun bakal mertua lagi ->.<-

Mieza Jhaa K said...

Tak lama lagi ada la tu..hihi

Bin Muhammad said...

Untungnya dapat keluarga mertua yg spoting dan memahami. Alhamdulillah, mertua saya pun ok...cuma satu je, masalahnya baik sgt la pulak. Sampai segan dibuatnya.

Seneorita Baharin said...

Setuju sangat dengan entry akak ni...Walaupun xberkawen lg, hehe, my mom selalu bg nasihat supaya bila dah kawen nnt jaga hati mak mertua macam mana jaga hati mak, bila dah kawen mak mertua tu dah macam mak kita sendiri la kan, :) Best ada mak mertua macam akak ni, happy2 sokmo la ye ^__________^

Ibu Lala said...

Guna tab jugak ke. Nak tny la, cam mana nak buat spy screen tu tak pusing2 ek. Sy dah lock tp still pusing gak.

Mieza Jhaa K said...

a'a klu baik sgt segan juga kan..tp bersyukurlah kerana ia lebih baik dr dpt yg kurang baik..

Mieza Jhaa K said...

Terima kasih dik.. haa ingat pesan mak tu sampai bila-bila...dah kawin nnti pasti ada ketika hati tersinggung.. tp jgn panjangkan cerita..cepat2 lupakan dan berfikir positif..

*akak xbuat kek harini...duk lepak depan laptop je..heheh

Mieza Jhaa K said...

Bukan tab tapi yang sewaktu dengannya..hehe.. emm dah lock tp still pusing2? biasanya kalau off auto rotation dia ok la

Aku Penghibur said...

alhamdulilah dapat yang memahami ..amboi ..linda onn yer :) heheheh ta sabar nak pulak nak ada mertua2

Mieza Jhaa K said...

Haha,,tp xminat mana pn Linda Onn..sbb xder nama lain yang dtg..rembat je lah.. Haa..dah ada nanti cepat2 la langsungkan..dan jgn lupa saya disini.. Sila jemput ke majlis anda..kihkih

Hanif Idrus said...

Mak dan bapa mentua saya profesional...
Hal rumah tangga anak2 tak campurtangan. ..

Open minded dan tak kongkong...
Saya sayang mereka..

Mieza Jhaa K said...

Ahh samalah kita.. Syukur alhamdulillah..aman rumahtangga

Remy hazza said...

untung dapat mertua yg cukup sporting....jadi menantu yg baik tau!

Mieza Jhaa K said...

Thanks Remy.. InsyaAllah..

Ibu Lala said...

Ibu ayah mertua sama tarafnya dgn ibu bapa sendiri. Kena sayangi dua2. Kalau tak de mereka x de la suami kita.

Mieza Jhaa K said...

Jadi sebgai manantu jangan ikut perasaan dan berfikir negatif ek.. Sayangilah mereka sebagaimana kita sayang mak ayah kita..