Syukur alhamdulillah kerana permintaan saya suatu ketika dulu, Allah makbulkan. Saya minta kebahagiaan dan ketenangan. Saya minta seseorang yang boleh jaga saya dengan baik dan bawa saya kearah kebaikan. Namun kadang-kadang saya takut jika suatu hari saya berubah sikap dan tidak menjaga nikmat pemberian Allah ini dengan baik. Maka saya berdoa lagi, semoga saya menjadi seorang isteri yang baik. Alhamdullillah sampai ke hari ini, saya sentiasa memperbaiki diri agar menjadi yang terbaik disisi suami tercinta.
Ada seorang isteri mengadu perihal suaminya yang bergaji kecil, semua perbelanjaan dia yang tanggung. Jadi dimana tugas dia sebagai suami? Mereka bergaduh gara-gara kerana wang, kerana perbelanjaan yang besar dalam rumah. Setiap hari terpekik terlolong mengherdik suaminya.
Saya tanya, "sampai bilakah?" Dia jawab, "sampai mati!!".
Gurllpp...tertelan air liur. Sampai mati? Bahagiakah suasana hidup macam tu? Tidak mahukah dia berubah menjadi lebih tenang dan sabar dalam menghadapi ujian? Allah dah beri suami yang baik dan penyayang itu sudah cukup bersyukur. Cuma sekadar kekurangan wang untuk menampung keluarga. Semuanya boleh diperbaiki boleh dibincangkan dengan tenang. Berdoalah semoga Allah S.W.T melimpahkan rezeki dan berdoalah semoga rumahtangga kita bahagia.
Thank you for reading my entry!
No comments:
Post a Comment