Wednesday, 29 May 2013

Apa beza BERTUNANG dan BERCOUPLE kalau...


Assalamualaikum

Saya tengok ramai yang menggunakan alasan bertunang untuk lebih rapat dan bermesra dengan pasangan masing-masing. Siap keluar kesana kemari berpimpingan tangan dan berdua-duaan. Ramai masih tidak tahu apa itu pertunangan yang sebenarnya dalam Islam.

Tujuan utama bertunang adalah untuk mengenali antara satu sama lain, bukan sahaja mengenali antara pasangan bahkan keluarga kedua belah pihak. Dan ia wajib dikawal dan terkawal. Semasa dalam tempoh bertunang inilah kita menyiapkan diri dengan lebih serius ke arah perkahwinan. Tapi sayangnya ramai yang tidak dapat membezakan antara bercouple dengan bertunang.

Bercouple memang tidak disyorkan, lalu kita bertunang. Tetapi bergayut berjam-jam dengan berbual perkara yang tidak berfaedah, keluar berdua-duaan. Malah ada yang menggunakan tiket sudah bertunang untuk melakukan perkara 'ringan-ringan. Ia tetap haram. Jadi tiada beza kerana ia tetap sama.. dosa yang sama.. maksiat yang sama..haram yang sama.

Anda mahu menuju sebuah perhubungan yang diredhai, lalu anda bertunang. Memang ia satu langkah yang murni, tetapi sayang anda tidak menjaga perhubungan tersebut sebagai satu amanah dari Allah. Kalau sebelum kawin pun anda tak mampu menjaga amanah Allah, jangan sangka selepas kawin anda mampu berbuat demikian.


Thanks for reading..

No comments: