Assalamualaikum
Semalam dekat Maghrib dah adik ipar ku bagitau yang hari ni ada sambutan Hari Guru kat sekolah. Masa tu tengah meronda-ronda cari bunga kat pesta orkid Dungun. Lepas rembat 4 pasu bunga gantung, kami cepat-cepat pergi bandar Dungun pulak. Sampai kat kedai hadiah tu, terkejut besar jugak la sebab berpuluh-puluh orang tengah bersesak-sesak kat dalam kedai yang kecil dan merbahaya tu (kalau pecah dikira beli). Rupa-rupanya bukan saya sorang la yang tengah mencari hadiah sempena Hari Guru.
Hari ni semangat Hari Guru semakin berkobar-kobar dalam diri, tapi sayang mereka tak dapat dihubungi. Maklumlah dulu ada nombor telefon rumah cikgu tu je. Pergi pondok telefon call dan ucap Selamat Hari Guru. Terutamanya guru Matematik kesayangan, Cikgu Hisyamudin masa tingkatan 3 dulu. Tingkatan 4 dan 5 saya pindah ke sekolah lain sebab.. sebab kes buli..hehe
Rasa malu pulak bila teringat kat Cikgu Hishamudin tu. Kehenseman beliau menyebabkan seorang anak murid yang comot telah jatuh hati dan berusaha untuk menarik perhatian. Sedaya upaya buat latihan dan beri tumpuan dalam kelas hinggakan keputusan dari C menjadi A++.. Keputusan yang sungguh kebabomm masa tu sebab jarang ada pelajar yang hanya salah 1 atau 2 je dalam 40 soalan Matematik kertas 1. Virus apakah yang telah menjangkiti budak comot tu?
Suatu hari budak comot tu datang kelas dengan memakai bedak bertompok-tompok kat muka. Nak memikat Cikgu Hisyamudin la kononnya tu..hahaha.. Bila Cikgu Hisyamudin masuk kelas, diamatinya muka budak comot yang semakin comot tu. "Eh, jangok hari ni. Siap pakai bedak lagi". Oppsss malu malu malu.. hahaha..
Hmm itulah saya yang tidak sebijak budak sekarang. Tingkatan 3 dah pandai makeup. Saya dulu pakai bedak pun tak reti. Tapi kalau bab Matematik, bermula dari tingkatan 3 tu la saya menjadi budak ala-ala genius sket. Walhal tak la segenius Adi putra. Apapun, jasamu dikenang cikgu hensem. Keranamulah saya berjaya hingga sekarang.
Thank you for reading my entry!
No comments:
Post a Comment