Sunday 26 May 2013

COURTS Mega Raya Sale


Assalamualaikum

Tiada angin tiada ribut tetiba kami pergi jalan-jalan ke Courts selepas pusing-pusing bandar Dungun mencari meja makan baru. Wauuu rupa-rupanya semalam ada diskaun besar-besaran bermula 25 Mei hingga 25 Jun. Harga memang murah-murah giler, dan saya syorkan anda beli cash saja. Tak perlu hutang-hutang ok.

Yang ni stock clearance. Kalau nak ambik je, harga serendah RM999. What?? RM999?? Biar betol! Harga sebenar set makan 9 buah ni hampir 3ribu kot. Tapi kami tak nak yang ni, nampak macam meja makan orang tua. Hahaha

Maka melompat-lompatlah saya kejap hujung sana kejap hujung sini dengan mata bersinar-sinar. Kalau boleh semua sekali nak kaut. Meja makan, katil, sofa...arrrgghhhh! Mujur iman saya kuat.. sabar sabar..

Tadaa..inilah pilihan kami, Jeremy namanya. Memang cantik menarik tertarik..kebabomm! Siap ada blink blink lagi mejanya yang berkaca. Harga sebenar RM2399, tapi saya beli dengan harga RM1199 jeeeeee..jimat RM1200 you!

Hahaha..ketawa kesukaan!


Thanks for reading..

No comments: