Wednesday, 15 May 2013

Hadapi Fitnah Dengan Tenang


Assalamualaikum

Diri ini sentiasa diuji dari kecil hingga dewasa. Kadang-kadang rasa bangga kerana melalui semua tu. Mungkin orang lain tak pernah melalui jalan hidup macam saya dan mungkin juga ada yang lebih perit untuk dikenang. Namun semua tu mengajar kita untuk jadi matang hari ini dan belajar dari masa silam. Kita sangka kita dah habis baik dengan orang lain. Tetapi kita tetap diuji dengan fitnah dan dilontar dengan kata-kata busuk. Sedangkan Ustaz Azhar pun sentiasa mendapat ujian dengan tuduhan dan fitnah yang melampau. Inikan pula kita yang hati tidak seteguh beliau. Pasti ada titisan air mata yang mengalir mengenangkan nasib diri yang tak pernah reda diuji olehNya.

Syukur padaMu Ya Allah, disaat ku jauh dan lalai.. Ujian-ujian ni buat saya kembali tersedar dan kembali muhasabah diri. Lalu ku menadah tangan memohon keampunan.

Fitnah seringkali datang seperti ribut dan ia selalu berarak pergi seperti gumpalan awan yang kemudian lenyap begitu saja tanpa kita sedari. Jadi, usahlah kita cepat melatah dan cemas bila menghadapi fitnah yang tidak berasas. Jika kita benar dan tidak pernah melakukan perbuatan seperti yang difitnah, bertenanglah. Jangan mudah gabra atau kalut untuk meluah perasaan kepada orang-orang yang salah. Nanti makin buruk jadinya.

Syukur alhamdulillah ketenangan ini saya belajar dari Mr.K yang cool dan tidak berkata walau sepatah setelah mengetahui dirinya difitnah. Sejak dari itu saya belajar untuk jadi sepertinya. Tenang dan cool. Lama-kelamaan mereka datang dengan mulut yang wangi seperti ingin meminta kemaafan. Mungkin mereka telah sedar, fitnah itu kelak akan menimpa anak cucunya sendiri.


~ Haha..  Bila dikenang kembali rasa lucu pulak. Mr.k pernah dituduh penagih dadah padahal rokok pun tak pernah sentuh. Macam-macam sifat manusia ni kan. Imaginasi dan prasangka buruk tu tinggi sangat hinggakan orang yang baik menjadi seburuk-buruk manusia dan dipandang negatif tanpa bukti kukuh. Hmm kalau dilayan boleh hilang bumi ni saya telan!


Thank you for reading my entry!

No comments: