Monday 3 June 2013

Atasi Masalah Bau Badan.


Assalamualaikum

Pernah tak anda rasa tidak selesa dengan kehadiran bau badan seseorang yang cukup menyakitkan hidung? Memang mood bercelaru bila diserang bau hangit yang meloyakan ni. Kenapa badan kita berbau? Haa mai nak cerita secara ringkas dari penyelidikan saya sebentar tadi.

Punca bau badan boleh disebabkan bahan buangan terkumpul dalam badan akibat proses pencernaan yang tidak sempurna. Ini menyebabkan toksin yang terhasil melalui pemakanan harian kita kekal dalam tubuh akibat sistem pencernaan tubuh tidak berfungsi dengan betol. Contohnya SEMBELIT!

Biasanya orang yang mempunyai masalah bau badan banyak makan daging, telur, ikan dan kekacang. Ini kerana makanan ini banyak mengandungi Choline yang tidak mudah hadam melalui proses metabolisme. Banyak minum kopi atau minuman berkafein serta banyak makan makanan berempah yang mengandungi bawang putih juga menyebabkan bau pada ketiak tidak kira lelaki mahupun wanita.

Punca lain masalah bau badan termasuklah masalah ginjal, hati, kurang gula dalam darah, jangkitan kuman, kencing manis dan tiroid. Bau badan juga boleh terjadi disebabkan faktor genetik dan kelenjar yang sangat aktif.

Cara Mengawal Bau Badan.

1. Kerap mandi dan gunakanlah sabun mandi yang wangi. jangan mandi kerbau pulak.
2. Pilih pakaian yang diperbuat dari fabrik kapas serta longgar. jaga aurat ok.
3. Elakkan pengambilan makanan tinggi Choline (bawang putih, daging, rempah, kafein, dan kekacang).
4. Say NO kepada ROKOK.
5. Gunakanlah deodorant sebelum keluar rumah.
6. Tak perlu sembur perfume hingga memeningkan orang lain.

*Dapat idea sebab tengah pening-pening lalat gara-gara bau badan budak sebelah kat dalam Pusat Internet 1 Malaysia ni. Iskk


Thanks for reading..

No comments: