Monday 3 June 2013

Tolong siram pokok bunga mak ye..

Assalamualaikum

Dah 4 hari keluarga mertua saya pergi Sarawak sempena cuti sekolah ni. Kebetulan adik Mr.K ada kat sana, jadi cikgu kacak kegilaan ramai anak-anak Sarawak. Adoi susah jadi cikgu kepada pelajar sekolah zaman sekarang. Cikgu pun dingoratnya jugak.


Rindu kat budak periang ni, Si Najmi.

Sebelum bertolak mak pesan, "kalau tak hujan, tolong siram pokok bunga mak ye". Baiklah mak, menantu terbaik mak ni kan rajin orangnya. Hehe

Nampaknya pagi-pagi saya kena berjongging ke rumah mak mertua. Bagus juga, boleh dijadikan senaman selama seminggu mereka kat sana.


Thanks for reading..
posted from Bloggeroid

No comments: