Dengan berdiam diri, sangkaan buruk orang kat kita akan lebih mendalam. Berdepan dan jelaskan secara profesional jangan sampai orang pijak kepala kita dan langsung tidak respek keperibadian kita dengan menyebarkan berita palsu. Bila berdepan, pasti mata tak sanggup memandang tepat lagi kerana mereka sebenarnya tahu ia hanyalah fitnah semata-mata. Basuh mereka cukup-cukup dengan ayat-ayat power. Cool tapi menusuk tulang kering.
Jangan mudah percaya dengan berita yang sampai ke telinga tanpa kita periksa dahulu kesahihannya. Ia hanya sekadar berita dari mulut orang. Kebenarannya hanya Allah sahaja yang tahu. Jangan mudah melatah ok.
Jangan sesekali bercakap atau menceritakan rasa hati yang mungkin perasaan kita sahaja. Kemungkinan ia akan tersebar menjadi fitnah. Last-last kita yang akan bertanggungjawab atas segalanya. Paling teruk bila ia memalukan dan menjatuhkan diri sendiri.
Bila orang mengadu kat kita, jangan pula disebarkan kepada orang lain. Dia hanya ingin menenangkan perasan dan setentunya berada dalam keadaan tertekan. Jangan ditambah penderitaan mereka. Jadilah pendengar yang baik.
Jangan dibalas kata-kata busuk dengan cacian dan makian. Biarkan mereka berbuat demikian sehingga mereka reda dan puas. Pasti suatu hari mereka malu sendiri.
Tidak usahlah putuskan hubungan dengan orang yang pernah mengkeji kita. Bertegur-sapalah semoga suatu hari mereka sedar dan berlembut hati.
posted from Bloggeroid
No comments:
Post a Comment