Thursday, 13 June 2013

Selamat Pagi Cinta

Assalamualaikum.. Selamat pagi Khamis semua. Syukur alhamdulillah kita masih diberi peluang untuk menghirup udara segar dan melihat sinaran mentari pagi. Pasti ada yang berpuasa hari ni, samada puasa ganti atau puasa sunat. Selamat berpuasa buat mereka. Masih ada yang tido lagi ke? Bergegaslah bangun, jangan memalaskan diri dipagi hari kerana ia tidak bagus untuk kesihatan kerana dipagi hari terdapat berkat dan keuntungan.

Sebagai pelajar, menelaah buku dipagi hari lebih fresh dan mudah untuk diingati. Bagi seorang isteri, masakan air tangan kita untuk suami lebih membawa kebahagiaan. Bagi seorang anak, bantulah ibu bapa menyediakan sarapan. Bagi seorang pekerja, melangkahlah ke tempat kerja dengan niat yang betol. Bagi yang takder kerja, rajin-rajinkan diri untuk berjoging.

Macam Mr.K ni. Bukan selalu dia berkesempatan untuk berjoging. Joging tidak semestinya untuk orang yang gemuk.


Thanks for reading...

No comments: