Tuesday, 18 June 2013

Sebungkus Kuew Tiew Goreng.

Assalamualaikum.. Pagi ni bangun lebih awal dari kebiasaan sebab ada banyak tanggungjawab nak dilangsaikan sebelum pukul 7 pagi. Kufikir-fikir, kue tiew ada sebungkus tu memang tak habis nak makan 2 orang. Nampak je sikit, bila dah goreng mau satu kuali jadinya.


Bergegas goreng kuew tiew basah seenak mungkin sebab nak bagi kat anak-anak Kak Ton sikit nanti. Kak Ton tu bekas tukang masak, malu la kalau goreng Kuew tiew pun tak sedap. Haha..

Pukul 6.15 siap! Ceduk 3 per 4 untuk anak Kak Ton. Bergegas ke rumah Kak Ton pulak yang jaraknya tak sampai 10 meter dari dapur rumah. Sepatutnya pukul 6 tadi dah kejutkan diorang. Tapi tengok-tengok mereka semua dah bersiap dengan pakaian sekolah. Bagusnya budak-budak ni, pandai berdikari. "Makan apa dah? Nah makan kuew tiew ni..". Cucu lelaki Kak Ton darjah 5 hanya geleng kepala sambil tersenyum "terima kasih kak".. "Sama-sama. Makanlah"


Thanks for reading..
Post a Comment