Monday, 17 June 2013

Kecuaian Yang Memusnahkan

Sekarang bila keseorangan di rumah saya lebih berhati-hati dan berwaspada. Manalah tahukan, kita tak tahu bila ia akan terjadi. Tapi sebaiknya berjaga-jagalah selain dari hanya berserah kepada Allah sebaik-sebaik Penjaga walaupun segalanya tak kan berlaku tanpa izin Allah S.W.T.
Bila Mr.K keluar sahaja dari rumah, pintu utama pasti dikunci. Yang terbuka hanyalah tingkap, TV dan Wifi. Memang tak pernah ada lagi kes pecah rumah kawasan ni, tapi manusia sekarang bukan boleh percaya. Lagi pun bila pintu terkunci, perasaan rasa lebih selamat dan tidak terganggu lagi-lagi ketika sedang leka membuat kek di ceruk dapur.

Banyak kes kereta dilarikan ketika keluar sebentar membeli sesuatu. Padahal ia hanyalah beberapa minit dan kita tak menyangka ia akan berlaku. Walau sesaat sekalipun, berwaspadalah sebelum ianya terjadinya. Malah ada yang keretanya dilarikan bersama anak kecil. Pasti kita akan menyesal tak sudah bila sesuatu yang buruk berlaku kepada anak kecil tersebut.


Beberapa tahun dahulu, ada kes dimana suami lupa mengunci kereta yang baru dibeli beberapa hari. Bila bangun keesokannya, kereta dah lesap. Apa lagi, si isteri mengamuk sakan hingga membawa kepada perceraian. See, hanya satu kecuaian segalanya musnah. Jangan cuai walau seketika, jangan sampai segalanya hancur dengan hanya beberapa saat. Kerana sesaat itu boleh bertukar menjadi sengsara yang tidak berkesudahan.


Thanks for reading..

No comments: