Assalamualaikum.. Semalam semasa ronda-ronda kat Pekan Budaya Dungun, ternampak pameran ikan laga atau dipanggil Betta. Siap ada pertandingan meneka bilangan anak ikan lagi. Banyak pulak tu, macam mana nak teka? Malaslah.. Sedang Mr.K tengok-tengok ikan yang cantik tu, saya bertanya pemiliknya tentang anti klorin.
"Boleh tak guna anti-klorin dalam air ikan laga? Apa beza dengan air peraman garam?"
"Ish JANGAN! anti klorin menyebabkan jangka hayat ikan laga pendek. Kalau biasa ikan laga bertahan 2 tahun. Tapi kalau guna anti klorin, biasa ikan akan bertahan 2 bulan je!"
Apaaa??? Kesian kat ikan laga kat rumah. Mesti sesak nafas sekarang ni.. dah 2 minggu dia hidup dalam air anti klorin. Uwwaaa..
Sambungnya lagi, "Anti klorin akan mendap kat bawah aquarium sebab tak pakai oksigen. Jadi bila ikan laga tidur kat bawah, dia akan sedut anti klorin tu. Macam kita la, kalau hisap rokok menyebabkan masalah paru-paru dan sebagainya."
Oo begituu..
Balik semalam terus peram 1 baldi air dengan sesudu garam kasar. Peram lama lagi bagus untuk menyahklorin secara semula jadi.
Thanks for reading..
No comments:
Post a Comment