Assalamualaikum.. Bila dugaan melanda, macam-macam perkara negatif yang kita dan orang lain fikirkan. Tapi percayalah kepada ketentuan Ilahi.Jangan terlalu ikut emosi. Pasti ada sinar yang menanti. Sesungguhnya ujian yang Allah turunkan kepada kita merupakan simbol kasih sayang Allah. Redhalah dan sabarlah dengan segala perjalanan hidup yang sekalipun teramat pahit untuk ditelan kerana Allah tidak akan bagi dugaan yang hambaNya tidak mampu hadapi.
Syukur alhamdulillah saya kini sudah menerima sebarang pertanyaan dan cakap orang dengan cool dan tidak beremosi macam dulu. Terasa dugaan yang menimpa berat untuk ditanggung bila pelbagai kata-kata tidak elok dihamburkan lebih-lebih lagi melibatkan hubungan suami isteri. Saya juga pernah mengalami situasi seperti diatas. Tapi cepat-cepat dibuang hasutan syaitan yang bersarang. Biarkan apa kata orang, asal kita pandai kawal emosi dan jadi yang terbaik. InsyaAllah ia tak semudah itu untuk berlaku.
Thanks for reading..

posted from Bloggeroid
No comments:
Post a Comment