Wednesday, 19 June 2013

Suamiku Pemurah.

Assalamualaikum.. Hari ni tiba-tiba rasa terharu denga sifat suami yang baik hati dan pemurah. Rasa bersyukur sangat kerana dikurniakan seseorang yang bagi saya, amat sempurna. Walaupun mungkin pada orang lain dia tidak sempurna kerana kurang bercakap dengan orang sekeliling. Ia hanya perkara kecil jika nak dibandingkan dengan hatinya yang bersih.

Dulu saat kebahagiaan susah untuk dikecapi, saya selalu berdoa semoga dikurniakan seorang suami yang baik hati, penyayang dan boleh bawa saya ke arah kebaikan. Walaupun pelbagai rintangan (macam dalam cerita Hindustan), kami akhirnya bersatu jua. Itulah yang dikatakan ‘kalau dah jodoh..’. (macam dalam cerita Teduhan Kasih)

Tengah hari tadi sedang saya lepak-lepak depan TV tunggu nak solat Zohor, tetiba suami mesej. “Masak tak tengah hari ni?”. Saya ingatkan dia nak balik makan tengah hari. Rupa-rupanya nak saya masak untuk anak-anak Kak Ton, takut budak-budak tu kelaparan. Ya Allah, hampir saya terlupa yang anak Kak Ton akan balik sekolah kejap lagi.

Bergegas masak dan panggil diorang makan sama-sama. Baik sangat budak-budak tu, peramah dan menghormati orang yang lebih tua. Siap menambah lagi, mungkin lapar atau pun masakan saya sedap. Angkat bakul dah..

Selesa nampak Aiman, cucu Kak Ton tengok TV sampai pukul 6 petang. Layan je dia tengok Ultraman. Ada jugak peneman sebelum Mr.K pulang dari kerja.


Thanks for reading..

No comments: