Assalamualaikum.. Oleh kerana saya free hari ni, jadi saya praktikkan rasa rajin yang membara ni untuk memasang langsir kat rumah mertua. Nanti kalau ditangguh-tangguh, lambat pulak nak tunggu rajin tu datang balik. Berhempas pulas dari pukul 10 sampai pukul 3 petang baru siap. Terjelir kedahagaan rasanya. Masa tengah pasang-pasang tu, mak mertua ajak berbuka sama-sama. Molek jugak tu..best jugak makan ramai-ramai di hari permulaan puasa.
Balik rumah kejap tunggu Mr.K balik dari kerja. Lepas tu pergi balik ke rumah mak. Di pertengahan jalan dah penuh dengan gerai-gerai makanan. Sesak dengan manusia pulak tu. Mak oiii! Tadi sunyi sepi je jalan. Sekarang ni berduyun-duyun pakat beratur nak beli ayam golek tepi jalan. Amboii, ayam naik harga pun habis jugak disapu.
Tengoklah tu, tinggal 3 ekor je lagi. Nasib baik sempat rembat sekor untuk adik ipar. Cu tengok signboard kat atas tu. Iklan apa agaknya? Baiki semula? Macho??
Alhamdulillah, hari ni kami berbuka rami-ramai dengan sederhana mungkin. Walaupun ayam golek tawar hebey, tapi habis jugak. Syukur alhamdulillah, tiada pembaziran. Sekarang ni masa untuk memasak hidangan sahur pulak.
Thanks for reading..
No comments:
Post a Comment