Friday, 2 August 2013

Duit Raya untuk family.

Assalamualaikum.. Duit raya dah settle. Bagus-bagus! Tahun ni lebih terancang berbanding tahun lepas yang agak kelam kabut. Jadikan tahun lepas sebagai pengajaran. Semalam pergi Hong Leong Bank, sambil-sambil selesaikan urusan kereta, terus tukar duit. Alamak! Duit RM1 je ada. 5, 10, 20 dah habis. Hmm.. Pergi BSN pulak. Ada..tapi duit lama. Lama pun lamalah, asalkan ada.

 Dah berkeronyok!

RM2, RM5, RM10, RM20.. kena guna sampul berlainan baru tak tertukar. Tak cukup sampul pulak untuk warga tua. Nenek, mak, ayah, mak mertua, semua dapat setiap tahun..RM100 sorang je. Hehee

Anak saudara 26 orang, cucu saudara 5 orang, sepupu berbilion-bilion. Banyak tuuuuuu! Setiap tahun bertambah ahli keluarga. Tak muat kamera kalau nak bergambar semua sekali. 

Thanks for reading..

No comments: