Friday, 23 August 2013

Pengalaman Kali Pertama Bersegmen.

Assalamulaikum bloggers.. Alhamdulillah segalanya selesai cuma tugas saya selepas ni review blog rakan-rakan yang dah lama teringin nak buat sebenarnya. Kepada yang bertuah dapat menapak dalam bloglist, rajin-rajinlah update entry. Ada beberapa blog baru yang mempunyai 'Word Verification'. Ini merumitkan blogger lain untuk meninggalkan komen. Sila check di dashboard-setting-posts and comments-show word verification-NO. Dan ada 1 blog yang mempunyai 'Adult Content'. Sila check di dashboard-setting-other-Adult Content?-NO.

Pengalaman Kali Pertama Bersegmen. 


Dulu tak suka dan marah kepada blogger yang hanya buat entri pasal segmen dan giveaway je. Asyik join segmen je kan. Apa yang menarik boleh dibaca? Tapi dengan adanya mereka, dapat meriahkan lagi segmen-segmen kita kan. Cepat je mereka join. Macam mana mereka boleh detect kita? Ishh..dasyat!

Blogger wanita lebih cepat dan tangkas dari blogger lelaki. Tapi blogger lelaki akan join juga, cuma lambat sket. Biasalah "hero tok gaduh".. relaxs beb, buat apa berebut-rebut dengan perempuankan? lady's first! Haha

Barulah saya tahu kenapa ramai yang suka sangat buat segmen. Kalau boleh hari-hari mereka nak lancarkan segmen baru. Sebab dengan mudah traffik blog kita naik mendadak dan followers juga bertambah dengan cepat. Suka hati melompat-lompat tengok pageview yang gila-gila banyak berbanding sebelum ni. Tapikan blogger-blogger hebat tak ada pulak teruja nak buat segmen. Cool je.. pageview tetap kebabomm. Kerana mereka ada tarikan tersendiri yang menarik pembaca seperti cerita-cerita kisah hidup yang best.

Dulu mula-mula berblog suka jugak join segmen. Biasalah budak baru belajar dan ingin menapak dengan kukuh di alam blogging. Bila kita sudah dikenali, baru bersemangat sket nak berblog. Kini bila dah stabil, saya lebih mementingkan entry berbanding menyertai segmen. Cuba belajar untuk menghasilkan entri yang bagus.

Seperti niat saya berblog sebelum ni iaitu ingin berkongsi pengalaman dan kisah hidup, ia tetap diutamakan. Dan bukannnya pageview semata-mata. Kalau boleh nak meningkatkan traffik blog kerana entri yang bagus dan berkesan dihati pembaca, bukannya dengan bersegmen semata-mata. Bagi saya bersegmen ni sekali-sekala boleh la. Untuk memperkenalkan blog kita kepada sesiapa yang belum kenal disamping menaikkan traffik blog.

Thanks for reading..

No comments: