Friday, 23 August 2013

Kemana Mr.K Menghilang?

Assalamualaikum.. Tengah hari tadi setelah Mr.K balik dari pasar, saya sibuk memasak kat dapur. Perut dah berkeroncong. Tengah sibuk memasak, Mr.K masuk kejap kacau-kacau gulai udang atas dapur. Kemudian dia keluar. Menonton TV agaknya.

Lepas siap masak dan siap hidang, saya baru perasan tiada kedengaran bunyi tv kat luar. Pintu depan tertutup rapat dan kereta kancil dah lesap. Ishh keluar kemana pulak ni? Dah lapar ni, tak sabar nak makan. Hampir sejam jugak menunggu. Lauk dah sejuk, mujur tak hidang nasi lagi.

Kemudian hantar mesej, "lapar dah ni..". Ada bunyi handphone dalam rumah. Hmm.. ditinggalnya pulak handphone.. pergi rumah mak agaknya. Entah-entah dah makan kat sana. Ishh tak boleh jadi ni.

Tak lama kemudian Mr.K balik dengan berbaju melayu, berkopiah, dan berkain pelikat. Laaa... hari ni hari Jumaat rupanya!! Cepat-cepat delete mesej dalam handphone Mr.k yang saya hantar kejap tadi. Hahahahah..

Thanks for reading..

No comments: