Assalamualaikum.. Tajuk di atas saya akan labelkan sebagai ragam manusia. Salah satu entri terbaik dari blog Mama, Mommy As Blog. Atau nama sebenarnya Kak Norhasniza Khalid. Seorang blogger baru yang tiba-tiba muncul dalam hidup saya dalam masa 3 bulan ni. Kagum dengan mama sebenarnya. Kalau dia tak bagitau yang blognya masih tersangat baru memang kita tak perasan sebenarnya.
Kenapa blog mama cepat naik? Sebab dia tak biarkan blognya bersawang. Awal-awal lagi dah melonjak dengan meng'update' entri setiap hari dan paling penting ialah blogwalking. Kerajinannya blogwalking menarik blogger lain untuk berkunjung. Semakin hari semakin ramai, malah jumlah komen di setiap entri beliau lebih banyak dari blog saya. Fuh! Jealous beb..
Ok, berbalik kepada tajuk entri 'Manusia Oh Manusia' mengulas tentang sikap manusia yang suka bermegah-megah, menunjuk-nunjuk dan ingin nampak gah di mata orang lain.
Senario ini kita dapat lihat dimana-mana kan? Melangkah dengan angkuh dan sombong hanya kerana beberapa 'benda' yang tersalut dibadan mereka. Biar buruk pakaian, jangan buruk perangai.
Tak perlu angkuh , jalan menongkat langit kerana satu hari nanti kamu akan tersungkur juga. Sebab kita semua sama saja. Kita semua manusia biasa, punya hati , punya perasaan. Takde bezanya dengan yang lain. Kau rambut hitam, aku juga hitam, kecualilah kau kaler kau punya rambut. Betul tak? hihi...
Hati yang bersih tentu akan terpancar disebalik pakaian yang kita pakai. Tak perlu hipokrit. Jadi diri sendiri adalah yang terbaik. Rilek dan sempoi ok!Betul kata mama, ramai yang nak menunjuk-nunjuk kelebihan masing-masing walaupun sebenar 'duit takdok skepeng'. Yang kaya menunjuk cara kaya, yang miskin menunjuk cara miskin. Lebih baik buruk pakaian dari buruk perangai. Tak gitu?
Apa komen saya?
Haha..poyo je komen macam ni.. tu pengalaman mula-mula ada kereta sendiri dulu. Kawan sebaya masih belajar, saya dah kerja dah ada kereta. Bangga la jugak kiranya.
Komen terbaik.
*Kepada 10 peserta bertuah Segmen Gempak Mieza Jhaa K yang belum memberikan url entri terbaik, sila berbuat demikian.
No comments:
Post a Comment