Assalamualaikum.. Petang semalam, tengah syok mengayuh dalam gym sambil berfikir menu malam ni, saya mendapat panggilan kalut dari seorang wanita. Merayu-rayu agar tolong buat cupcake untuk majlis keraian di rumah beliau PAGI ESOK! *Bermakna pagi ni lah. Masa tu dah hampir pukul 7. Tanpa bahan mencukupi dengan waktu yang singkat. Mampukah saya menuruti kemahuannya?
Apa pun, terpaksa akur jugak gara-gara kesian. Cepat-cepat berkemas balik rumah. Namun, otak asyik memikirkan makan malam Mr.K. Nak masak memang tak sempat dan akan melambatkan lagi proses buat cupcake tu. Tiba-tiba dapat idea nak beli pizza.
Lama jugak saya sisihkan pizza dalam hidup sebab cepat muak dan tak padan dengan harga. Bagi saya, kalau buat sendiri sedap lagi kot. Dalam iklan bukan main bergetah, tapi kat luar hampeh! Rasa macam roti biasa je. Tapi lama-kelamaan teringin jugak nak makan. Kuat betol daya tarikan pizza ni.
Nampaknya sia-sia sajalah pembakaran lemak dalam masa 2 hari ni selepas membaham 2 jenis pizza tu.
#cupcake pun dah separuh siap..nak keluar beli bahan untuk topping pulak ni. Harap sempat siap sebelum pukul 9.
No comments:
Post a Comment