Saturday 14 September 2013

Pengalaman Seram di Gunung Tebu

Assalamualaikum.. Sepatutnya entri ni dipublish semalam lagi, tapi apakan daya..line pulak ciput. Ok, hari ni kita gempur habis-habisan. Ewaahh semangat!

Terbaca kat muka depan akhbar Sinar semalam pasal Histeria Di Gunung Tebu, membuatkan surat khabar tersebut dibeli hanya kerana tajuk. Harap entri ni pun menarik perhatian readers hanya kerana tajuknya saja. Itulah pentingnya tajuk yang meletopss! Hehe


Tapi berita pasal pelajar bersalin dalam asrama tu betol-betol buat hati ni sakit. Semoga budak tu diberi hidayah untuk berubah lepas ni. Apa perasaaan ibu bapa bila mengetahui hal ini? Hancur remuk.. mana nak letak muka? Ya Allah, berilah mereka ketabahan menghadapi jangkitan penyakit sosial anak-anak yang semakin teruk samada di luar bandar mahupun di bandar. Sama sahaja.

Berbalik kepada tajuk utama, pengalaman mendaki Gunung Tebu ni dah hampir 10 tahun berlalu. Masa tu saya berada di sem 3. Kami mengikuti program yang dianjurkan oleh Kelab Kembara. Lupa dah berapa orang kesemuanya, tapi anggaran dalam 25 orang lelaki dan perempuan.

Sebelum mendaki, kami dah dinasihati supaya jangan gatal-gatal atau bercakap sembarangan. Bukan gatal tergaru-garu, tapi gatal dibuat-buat. Maklumlah bercampur aduk lelaki dan perempuan, mana tak gatalnya. 2 jam lebih perjalanan, memang memenatkan tapi amat menerujakan. Sayang, kamera pula tiada.

Perjalanan naik tiada apa-apa yang pelik berlaku, semuanya seperti yang dirancang. Tapi kesejukan di puncak hampir-hampir meretakkan tulang-temulang. Masa tu kurus kering lagi, baju pulak dah basah kuyup kena hujan. Fuhh! Biru muka menahan sejuk. Air terjun paling atas memang cantik dan airnya tersangatlah sejuk. Tak dapat merasa nak berenang-renang, sejuk punya pasal.

Gambar Google

Tapi pendakian kami taklah sampai ke puncak, saya pun tak pasti sampai mana. Yang pasti, berhenti setakat air terjun je. Mungkin sebab hujan kot dan hari dah petang. Semasa perjalanan pulang tu la sesuatu yang menakutkan berlaku. Masa tu kami melalui kawasan yang penuh pokok buluh, menyelinap melalui celah-celah pokok buluh. Kat tanah pula penuh dengan tapak kaki binatang. Macam tapak kaki.... harimauuu!!

Keadaan agak gelap, dan kat atas pula ada bunyi burung yang menakutkan. Burung ke tu? Tapi kami dah dinasihati awal-awal supaya jangan pandang atas atau suluh atas pokok. Dengar apa-apa buat tak tahu je.

Dipendekkan cerita, sampai kat bawah kami semua pakat berbisik la pasal keseraman masing-masing. Lebih menakutkan bila ketua kami mengatakan memang ada benda sedang memerhati dari atas pokok masa kat kawasan buluh tu. Aiishh berdiri bulu roma!

Itulah pengalaman kali pertama mendaki gunung. Pengalaman kedua pula mendaki Gunung Jerai yang memang mencabar, dan yang ketiga..jeng jeng jeng..


Yeszzzz!!! Dah lama tunggu saat-saat ni, dekat pulak tu. Tapi mana saya nak letak baby manjaku, Mr.K? Sapa nak masak untuk beliau? Sapa nak urus pakaian? Adakah Mr.K perlu dibawa bersama? Lama tu 3 hari 2 malam.

Haiyaaaa..bila dah jadi isteri orang, banyak kena fikir maa.. Entah-entah Mr.K tak bagi..haha..melepas peluang nak buat liputan atas Gunung Berembun.

Thanks for reading..

posted from Bloggeroid

1 comment:

blograidah.com said...

Assalammualaikum..

err... ada kawasan buluh ke? ish... sebenarnya tengah usya-usya pasal gunung tebu ni sebab ada program mendaki tengah bulan ni...

kuikui. trek susah tak cikpuan mieza?

seram puler kiter...

anyway, thanks for the info ya... mungkin boleh dicuba untuk mendaki sebab tertarik ada air terjun tu =)

-raidah-
www.blograidah.com