Monday, 28 October 2013

Adakah Smartphone Satu Keperluan?


Sekarang ni tengah bengang dengan Samsung Galaxy Wonder yang dah 2 tahun dalam genggaman ni. Jadi lembab semacam je. Dah berapa kali format, masih lagi macam tu. Kadang-kadang nak balas mesej pelanggan kat facebook pun ambik masa 2,3 minit untuk buka facebook. Loading lambat dan asyik 'force close'. Time nak cepat balas komen boleh membara hati ni sebab terlalu lembab.

Tu baru 2 tahun. Sony Ericsson saya dulu hampir 5 tahun pakai, ok jer lagi walaupun baju dah lusuh. Sungguh berbeza kualiti dulu dan sekarang.

Tak boleh jadi ni, memang kena beli smartphone baru. Sebab?

1. Saya seorang peniaga yang kebanyakan pelanggan datang dari facebook.
2. Saya seorang yang kadang-kadang agak busy dan langsung tak sempat nak buka laptop.
3. Saya seorang blogger yang aktif dan banyak menceburkan diri dalam laman sosial seperti facebook, twitter, instagram dan sebagainya.
4. Saya juga banyak berhubungan dengan kawan serta keluarga menggunakan whatsapp, line, serta wechat.

Jadi kesimpulannya ia bukan kehendak, tapi satu KEPERLUAN.

Smartphone bagaimana yang sesuai dengan saya?

1. Boleh menyelesaikan 2,3 kerja dalam satu masa contohnya seperti ambil gambar kek, edit dan upload dalam facebook sambil balas mesej facebook serta whatsapp dan wechat. Giler! haha

2. Kamera yang mempunyai 'resolution' yang tinggi dan menghasilkan gambar yang cantik serta jelas. Gambar cantik memberi impak besar kepada pelanggan selain dari rasa yang sedap.

3. Kelajuan memang penting untuk memenangi hati pelanggan. 5 minit baru nak balas satu pertanyaan boleh buat mereka menggelegak.

4. Boleh install macam-macam 'application' yang penting tanpa menjejaskan tahap kelajuan.

5. Boleh update blog tanpa membuka laptop.

6. Bateri yang tahan lama, tak perlu cas 3 kali sehari. Wahaha

Hmm..jadi smartphone apa yang bermain dibenak fikiran sekarang ni? 

Samsung Galaxy Note III atau Samsung Galaxy Mega?

Jauh jugak harganya tu. Kecanggihan pun jauh lebih baik Note III. Heheh..Fikir-fikir.. antara keperluan dan kehendak. Galaxy Mega adalah keperluan manakala Galaxy Note III adalah kehendak yang membara sekarang ni.

Tapi kalau ada duit, apa salahnya beli smartphone yang betol-betol puas hati. Tak gitu?

Samsung Galaxy Note III idaman.

No comments: