Kakak berpesan, "Jaa, bila adik-adik ipar dah kawin nanti, jangan cemburu kebahagiaan mereka yang terlebih dahulu dapat anak. Jangan ada perasaan dengki bila mak mertua sayangkan menantu baru dan cucunya. Memang lumrah, nenek sayangkan cucnya. Jaa yang belum dikurniakan anak, kena tingkatkan iman. Biasalah dalam hidup ni, macam-mcam dugaan. Ada yang hidup senang, tapi suami buat hal. Ada yang ramai anak dan bahagia, namun tidak berduit pula."
Panjang lebar kakak memberi nasihat. Tak pernah pulak terfikir selama ni. Tapi bila kakak cakap macam tu, baru saya berfikir. Memang betol saya akan cemburu dan sedih bila adik-adik ipar dah ada anak. Kami pula dah 3 tahun berkahwin, dan mak mertua pula amat teringinkan cucu. Banyak pakaian adik zaman kecik yang mak simpan untuk cucunya. Ohh! Memang hatiku sedikit terkesan.
Betol kata kakak, saya kena tingkatkan iman. Jangan cemburu. Itulah penangan orang yang banyak pengalaman dalam berumahtangga. Macam-macam dugaan yang kakak hadapi untuk mengecapi bahagia macam sekarang. Kakak dikurniakan anak yang ramai, hidup yang senang, namun terpaksa bermadu dan melayan ragam madunya dengan sabar.
Syukur alhamdulillah kerana saya dan Mr.K berbahagia walaupun belum dikurniakan zuriat lagi. InsyaAlllah akan ada rezeki anak untuk kami kelak.
No comments:
Post a Comment