Sunday, 24 November 2013

Kita tunggu dan lihat


Assalamualaikum.. Nampaknya ikan skila Mr.K ni dah mengeluarkan buih-buih tanda-tanda dah akil baligh lah tu. Sekarang Mr.K dalam proses nak menyatukan si jantan dan betina. Mula-mula letak satu bekas dulu, bagi mereka berkenalan. Tapi ada batasnya, tak boleh rapat-rapat lagi.

Tunggu si betina dah cukup umur nanti baru mereka akan disatukan dalam satu bekas. Harap menjadi  la tu kerja Mr.K. Kita tunggu dan lihat je menjadi ke tak.

Setakat ni 5 ekor dah dia beli. Ikan pertama dan kedua dah mampos. Sekor mati pucat tak cukup zat, sekor lagi kena pijak kat bini. Wakaka..sapa suruh dia melompat keluar dari bekas. Mana nampak ada ikan atas lantai.. dah la kecil, gelap pulak. Ingatkan terpijak anak katak, terkejut beta. Rupa-rupanya ikan skila kesayangan Mr.K. Ayyyyooooo! Seminggu lepas kena pijak tu akhirnya mampos jugak. Mungkin ada kecederaan dalaman yang teruk.

Nasib baik Mr.K tak kata apa.... nasib la dapat bini Mrs. Arrogant.

No comments: