Ohoi cepatnya masa berlalu.. esok dah 25hb11. Ulangtahun perkahwinan kami ke 3! Rasa macam baru je berkenalan..hihi. Hari tu masa pergi Kuantan bersama kakak, saya sempat beli hadiah untuk Mr.K sempena anniversary. Balik rumah terus sorok dalam almari.
Tapi pagi tadi entah kenapa dia gatal tangan pulak menyelongkar almari tu. Isshh! nasib baik saya ada masa tu. Tiba-tiba je plastik hitam tu dah ada kat tangan dia. Cepat-cepat saya ambil sebelum sempat dia buka. Dia tersengih-sengih macam tahu-tahu jee.. eeiii geram!
No comments:
Post a Comment