Monday 16 December 2013

Diserang 'slipped disc'

Assalamualaikum.. Kesibukan bekerja menyebabkan saya boleh duduk seketika sahaja. Tu pun masa solat dan makan tengah hari. Selebihnya berdiri dan berjalan walaupun hanya berada dalam rumah seharian. Hmm. Boleh ke buat kek sambil duduk? Memang tak boleh.

Akibatnya saya diserang sakit tulang belakang yang teruk, lagi-lagi selepas angkat benda berat. Ditambah pula dengan pengambilan air yang tidak mencukupi. Kadang-kadang sakit sangat sehingga saya terpaksa terbaring seketika dan buat senaman ringkas bagi membetulkan balik tulang belakang.

Sebenarnya ia agak merbahaya sebab boleh menyebabkan saraf tunjang terhimpit yang mengakibatkan komplikasi lain seperti LUMPUH!

Seram pulakkan.

Agaknya saya ni dah tua ker?? 'Slipped disc' biasa berlaku pada usia 30 tahun hingga 40-an. Tapi saya baru....27tahun. Hehehe.. dah menghampiri 28 tahun. Ehh macam tak percaya pulak.

Setakat ni rawatan paling berkesan untuk masalah sakit tulang belakang ni ialah KIROPRAKTIK. Apa tu kiropraktik? Rawatan membetulkan tulang belakang yang bengkok menggunakan kaedah dan cara tertentu. Bukang sebarangan ye..nanti patah 4 tulang belakang tu kalau salah teknik.

Syukur Alhamdulillah Mr.k dah belajar teknik kiropraktik ni. Senang kalau diserang dengan tiba-tiba. Biasanya lepas buat kiropraktik, tulang belakang tak sakit dah selama beberapa bulan kecuali kalau angkat benda berat.

No comments: