Tuesday, 17 December 2013

Entri semakin berkurang.

Assalamualaikum.. Alhamdulillah setelah hampir sebulan tak buka blog dalam laptop, akhirnya pagi ada masa nak jenguk. Nampaknya pageview tetap sama dan tidak jatuh merudum walaupun dah lama tak blogwalking. Syukur alhamdulillah.

Entri saya bulan ni semuanya di'publish' pakai smartphone, sebab tu gambar terpaksa letak kat bawah sahaja. Susah nak edit, malah kadang-kadang time internet slow langsung tak boleh letak gambar. Tapi ok la kan, ada jugak entri untuk dibaca dari langsung tiada. Hehe

Namun kalau nak bandingkan dengan dulu, jumlah entrinya makin lama makin berkurang. Kalau dulu purata dalam 50 lebih sebulan, sekarang berbelas-belas sahaja. Tengok bulan December tu, baru 9 entri. Nampak benor malasnya..hihi


Baru setahun jagung blogku ini.Dah nak pupuskah? 

InsyaAllah lepas ni saya akan draf entri siap-siap dan guna autopublish saja. Kemudian setkan masa untuk blogwalking. Kalau dulu blogwalking dengan cara bookmark kat smartphone, sekarang ia dah tak relevan lagi. Mentang-mentang dah ada smartphone baru sekarang. Hehe.. Jadi saya blogwalking pakai google+ sahaja. Jadi jangan lupa untuk share entri kat google ye kawan-kawan.

No comments: