Thursday, 26 December 2013

Masak ikan salmon hari ni..

Assalamualaikum.. Hari ni Mr.K bercuti lagi. Amboii cuti Christmas sampai 2 hari. Bila dia ada kat rumah, mula terfikir-fikir menu masakan tengah hari. Biasanya kalau saya sorang kat rumah hentam je kek cheese meleleh dalam peti, takpun pavlova. Sekarangkan musim sejuk dan lembab, memang sesuai menambah lapisan lemak. Erkk..nak jadi beruang kutub ker?

Semalam pergi jalan-jalan ke Mesra Mall hajatnya nak tengok wayang. Tapi citer Dhoom 3 tiada pulak, tak minatlah nak tengok Paku. Nanti sakit jantung akibat tersentak banyak kali. Jadi kami ronda-ronda je dicelah-celah kesesakan kat dalam Mesra Mall tu. Masa ronda-ronda tu terpandang ikan salmon yang dah dipotong kepingan. Teringin sangat nak makan ikan tu, tapi tak tahu nak masak cara macam mana untuk menikmatinya.

Akhirnya jumpa cara senang, simple, mudah, easy, dan kacang je.. kat blog Kak Ita Masam Manis iaitu

GRILLED SALMON WITH GARLIC AND HERBS

 GRILLED SALMON WITH GARLIC AND HERBS
Perrgh..slurrppp nama pun dah sedap, tengok gambar meleleh air liur. Tapi kalau saya yang masak, tak pasti pulak sedap ke tak..huhu

Ok, sekarang dah boleh keluarkan ikan salmon dalam peti. Kalau Mr.K ada, harus kena masak awal sebab pukul 12.30 nanti dia akan melilau cari makanan kat dapur sambil berkata... "rasa macam laporr je."

Errkk.

No comments: