Assalamualaikum... Dulu awal-awal kawin, saya telah diterapkan dengan pemakaian yang seksi, kemas, moden di depan suami. Maksud saya semasa berasa di dalam rumah sahaja. Maklumlah, masa tu kecoh pasal isteri yang tak pandai jaga pemakaian masa kat rumah. Asyik-asyik pakai kain batik dengan t-shirt. Apa kelas!
Sedangkan anak muda kat luar pakai seluar ketat, baju singkat. Terjengil mata suami memandang.. mungkin tu salah satu faktor kecurangan. Kata mereka..
Jadi.. lepas kawin saya takut nak pakai serebeh-serebeh dan ala kadar. Duduk kat rumah dah macam nak keluar tengok wayang. Kerap kali Mr.k tanya nak kemana? "Takder lah..duduk rumah je. Nak masuk dapur..masak." Alaahaaaii
Dan sekarang selepas 3 tahun berkahwin, terjumpa balik kain batik yang mak bagi masa nak kawin dulu. Tak pakai..terlipat kemas.. dan masih baru. Terfikir.. aku ingat lagi tak cara nak pakai ni?
Dan.. anak aku nanti reti tak pakai kain batik ni kalau maknya sekarang dah tak pakai??????
No comments:
Post a Comment