Sekarang saya sedang aktif berjoging dan mengikuti kelas aerobik
setiap Jumaat Sabtu bagi menurunkan balik berat badan. Sejak dari akhir tahun
lepas, berat saya naik setiap bulan. Tak boleh jadi ni, nanti hilanglah
penampilan diriku yang semacam kanak-kanak kiut ni..hohoi
Orang perempuan macam emosi je lebih kan, bila gemuk sket
mula la risau. Kononnya diet, tapi berat naik sokmo. Hahahah
Jangan terpedaya dengan penampilan slim kat dalam gambar ok. Tu mungkin sebab pakaian saya yang berjaya menutup kelemahan. Masa ni dah naik 5kg dari berat asal. :P
Seminggu lepas saya bermimpi.. pergi ke rumah mertua dengan
keadaan muka yang teramat tembam. Sungguh memalukan masa tu. Dah la malu sebab
muka tembam giler, tiba-tiba tak muat pintu pulak nak masuk ke rumah mertua.
Masa tu sempat lagi mengunyah makanan. Teruk tahap gaban!
Namun mimpi tu berjaya buat jantung saya berdegup kencang
sebab takut. Macam mimpi hantu pulak.
Apa tak takutnya kalau dah gemuk macam tu sekali, 2 tahun
pun tak mampu nak turunkn badan ke bentuk asal. Memang susah kalau dah naik.
Nak turunkan 3kg ambik masa 3 tahun!!
No comments:
Post a Comment