Thursday 6 March 2014

Sebakul kain tak tersidai

Assalamualaikum.. Ni cerita semalam.. Bangun seawal pagi, masak sarapan sambil sumbat pakaian dalam mesin basuh dengan niat suci murni nak sidai sebelum Nurul datang bekerja. Sebab pukul 8.30 pagi nak keluar beli barang kek pulak, nanti kelam kabut.

Tetapi godaan laptop baruku menyebabkan sebarang kerja pun tak jadi pagi tu. Banyak benda lagi nak belajar tentang windows8 yang kurasakan amat best dan menerujakan.


Laptop Acer Aspire E1 dengan processor intel i5 serta tahap grafik yang tinggi, memang tidak bersesuaian untuk saya yang hanya buka facebook dan blog sahaja. Hahaha,, tetapi best bila main modern games yang ada kesan 3D..hohoi! i loikkkee!!

Ok, berbalik kepada cerita sebakul kain tadi. Pagi tu terpaksa pergi kedai jugak sambil mengerling laptop yang mantop atas meja. Tunggu ye, jap lagi balik godek-godek lagi. Sebelum pergi kedai saya letak sebakul kain tu kat muka pintu dengan niat, balik nanti nak sidai.

Hm.. boleh dikatakan dari pagi sampai petang saya buat kek sambil curi-curi hadap laptop tu..hoho.

Akhirnya pukul 6 petang..

Saya tinggalkan Mr.K kat rumah untuk keluar hantar kek kat UITM. Bila balik, saya tengok Mr.K sedang menyidai pakaian dalam bakul tu.. pukul 7.10pm.

... dan siram pokok bunga...

wakakakaaka

No comments: