Wednesday 23 April 2014

Ehem-ehem...2 hari lagi.

Assalamualaikum.. Kalau ada kawan-kawan blogger yang ingat, saya patut rasa teramat bertuah sebab disayangi. Hehe.. 2 hari lagi.. berapa haribulan?

Tiba-tiba teringin nak ajak Mr.K pergi main bowling kat Mesra Mall Jumaat ni. Sebab seumur hidup saya rasanya tak pernah lagi saya pegang dan baling bola tu. Hanya sentuh dan cuba angkat, berat ke tak. Orang lain dah boring kot main bowling, tapi entah macam-mana saya boleh ketinggalan zaman. Agak lambat sama macam lambatnya saya merasa makan Pizza dan minum air A&W Root Beer. Err saya ni lahir zaman mana??

Tak apalah, tak penting siapa kenal dan makan dulu makanan barat tu. Yang penting saya kenal dan baca Al-Quran. Hahaha.. kesitu pulak.

Sempena Birthday saya 2 hari lagi, eh terbagitahu pulak ye..hihi. Saya teringin nak memiliki jam tangan yang ada berlian-berlian dan berwarna keemasan.. Erkk citarasa pun dah berubah seiring dengan umur. Tapi tak tahulah tu ada orang beli ke tak nanti. Wakakaka.

Tua dah saya ni.. mencecah umur 28 tahun. Cepatnya masa berlalu meninggalkan kita. Terasa amalan teramat sedikit kalau-kalau umur tak panjang.

Dalam umur sekarang saya rasa kulit juga agak kering, mungkin saya tak cukup air. Tapi lain benar kalau nak dibandingkan dengan umur 18 dulu. Kulit lembab dan licin dan terasa muda. Sekarang sudah terasa aura ketuaannya tu..Aiii tak boleh jadi ni.. habis hilang kecomelan Mieza yang cute nanti.

Masa ni umur 24 tahun.. bersama si kembar berumur 15tahun.

Dua minggu lepas entah macam mana saya borong supplement Shaklee yang mana dirasakan amat diperlukan buat massa sekarang. Ahh lega.. kembali muda la lepas ni. Sebelum ni tak terbuka hati lagi nak try. Maklumlah terasa diri masih muda dan akan kekal macam tu. Rupa-rupanya tidak..makin lama makin kering macam pokok kurang baja.


Alhamdulillah, dah 2 minggu ambil supplement ni. Memang ada perubahan terutamanya liang-liang roma yang agak kasar di muka. Kelihatan sudah kembali normal dan kulit juga tidak terlalu kering. Dalam proses nak tambah lagi produk Shaklee ni..

Jagalah kecantikan sementara masih muda ni. Jangan sampai dah teruk baru nak cari produk dan nak segera kembali normal. Itu merbahaya. Kita mungkin akan tersalah pilih produk kerana terpedaya dengan iklan. Kaji dulu..pilih mana yang terbaik. Biar lambat asal selamat dan berkesan untuk jangka masa panjang.



No comments: