Tuesday 22 April 2014

Sorry, kek awak tak sempat siap

Assalamualaikum.. Ada sorang customer pm saya untuk tempah kek sempena hari lahir ibunya..

Customer : 
Nak tempah kek mcm maneeee?

saya nak banana chocolate cake

taapi nak bentuk love

8inci punyerr

nak letak strawberry sikit

Berapa RM ek

Saya :
InsyaAllah boleh. Harga RM65. Nak bila ye?

Customer :
Nak petang ni sempat tak? 

Saya :
InsyaAllah sempat.

Customer :
Boleh hantar tak? petang ni pukul 6:30 kat Bangunan Salwa tu. Boleh tak?

Saya : 
InsyaAllah boleh. Nak tulis apa ye?

Customer : 
saya nak banana chocolate cake

taknak kering

tulis untuk ibu tersayang

selamat hari lahir mama

Saya:
ok

Customer :
tapi saya tak nak kering tau. nak moist. boleh tak kak??

Saya :
InsyaAllah boleh je

Saya segera buat kek yang dikehendaki customer tu. Beberapa minit kemudian dia hantar mesej lagi. 

Customer :
Whatsapp ada kak?

wechat ke..

Sejam kemudian..

Saya: 
Ada.. ni no sy 010*******

Kemudian dia hantar msj pakai whatsapp pulak.

Customer :
kek tu hantar pukul 4.30 boleh tak kak? Sempat siap tak?

Saya :
InsyaAllah sempat.

Customer: 
Akak strawberry letak jugak kan?

bentuk love tau jangan lupa

RM65 kan??

Saya : 
Kek awak tak sempat siap kot hari ni

kalau nak jawab semua pertanyaan tu.. hehe

Customer :
Owhh.. heheheee ok ok. pukul 4.30 ye kak. Bangunan Salwa.. buat cantik2 tau. :-) :-)

No comments: