Monday 19 May 2014

Si Poyo Sudah Kembali!

Assalamualaikum semua..

Sebulan tak update blog! Hahah.. Mesti ramai yang meluat dah tengok blog Mieza Jhaa K dalam bloglist masing-masing. Ye lah, carta paling bawah yang jarang-jarang naik. Sesaja berehat dari berblog, disamping cari idea untuk menulis cerita terbaru. Kikiki

Sepanjang sebulan ni saya sihat aja kok. Cuma agak sibuk dengan aktiviti sendiri serta keluarga. Bercuti, balik kampung, jalan-jalan, kenduri dan mem'baking'.

Minggu lepas ayah jatuh sakit dengan tiba-tiba. Bergegas balik kampung dengan pekerja sebab Mr.K kerja. Ayah muntah-muntah, pitam dan tidak bermaya. Tekanan darah naik sampai 200lebih. Sebelum ni dia tiada penyakit darah tinggi atau kencing manis. Rupa-rupanya berpunca dari lembu terbiar yang memijak tanaman dia. Marah la..sampai naik darah. Hahaha

Musim kemarau dan kering sekarang ni menyebabkan air telaga juga kekeringan. Hanya air telaga je digunapakai kat kampung sejak dulu. Bila dah kering, pokok-pokok tanaman ayah pun layu semacam je. Bersusah payah ayah angkut air dalam sungai yang dah cetek semata-mata nak siram pokok, akhirnya dipijak lembu. Hangin satu badan..Hahaha..

Jumaat lepas balik lagi bersama Mr.K. Beli air-cond pasang dalam rumah ayah yang panas meruap tu. Kurang sikit tekanan darahnya tu. Biar rasa cooolll je..

Alhamdulillah 2,3 hari lepas bumi Terengganu dan bebera kawasan lain telah disirami hujan yang agak lebat. Lega tengok telaga dah kembali dipenuhi air. Kalau tak, memang kesian kat ibu bapa dikampung. Teringat masa kecil-kecil dulu. Pernah kemarau teruk sehingga tanah merekah-rekah. Tido malam pun tak selesa dibasah peluh. Masa tu tak mampu nak beli kipas.

Kita beruntung hidup zaman sekarang ni, masih mampu tidur dalam kesejukan air-cond walaupun barangan sudah mahal berganda berbanding dulu. Alhamduillah.

Celoteh akan datang.. 2 bulan lagi!! Hahahah

* Sedang menahan kepedasan air rebusan lada hitam, jintan manis, jintan putih, ketumbar dan halia. Ubat kurus paling MUJARAB!

No comments: