Tuesday, 1 April 2014

Sedap sampai nak nangis

Assalamualaikum..

Selamat pagi rakan blogger dan pembaca yang dicintai disayangi dan dirindui. Hehehee jarang-jarang sekali baru nak nampak muka sekarang. Tapi kalau nak ikuti perkembangan saya yang berkembang kembang macam bunga kembang pagi, boleh follow instagram saya (miezajhaa_25k).. Bertimbun gambar kat dalam tu tau.. Yang lain aktif jugak, cuma sebagai 'silent user' saja. Dayre pun dah ada sekarang, tapi masih kekok nak guna.

Hari ni saya bercuti dan hanya menghadap laptop serta segala mak nenek cucu cicit laman sosial. Dikesempatan ni jugak saya ada masa nak belek-belek page Kek Cinta Dungun. Banyak jugak komen-komen positif dari pelanggan. Alhamdulillah syukur. Itulah hikmahnya sabar dan ikhlas dalam membuat sesuatu. Seperti kata dari seseorang (lupa..) buat sesuatu biarlah dari hati dan kita suka,minat, cinta dengan kerja yang kita lakukan. Jangan pentingkan keuntungan semata-mata.

Tergelak sakan baca komen dari salah seorang pelanggan semalam, katanya kek saya sedap sangat hinggakan dia rasa nak nangis!! Alamak janganlah nangis! teruk la saya kalau macam ni.. hahaha


Ada komen kata kek saya sedap macam kek kat Secret Recipe. Ya Allah biar betol!!

"Comel giler kek ni, mendapat feedback positif dari pihak lelaki.. semua cakap kek ni sedap macam rasa secret recipe.. " Alhamdulllah..

Dan ada beberapa customer yang sanggup bayar lebih dan taknak ambil baki semata-mata kerana kek yang saya buat sangat cantik dan memenuhi citarasa. Ya Allah, syukur alhamdulillah. Syukur atas rezeki yang melimpah dan bersyukur kerana diberi ilham dan idea untuk menghasilkan kek seperti yang diminta. 


Kadang-kadang tempahan yang pelbagai membuatkan saya termenung memikirkan idea terbaik. Bertenang bagi mencari idea. Beberapa jam masih belum datang lagi idea difikiran. Ya Allah permudahkanlah segala urusan kerjaku. Kadang-kadang facebook, instagram, google dan youtube amat membantu. 

Terbaru.. kek yang berbentuk sebuah kapal maritim yang agak besar untuk majlis perkahwinan. Jantungku dah berdebar-debar..


No comments: