Wednesday, 21 January 2015

Diet la betol-betol

Assalamualaikum..

Saya sebenarnya berangan nak kurus kering macam dulu balik. Nak turunkan 5kg! 5kg je pun.. tu pun susah kan bila tiada disiplin dalam pemakanan. Bab masa memang berdisiplin bebenor, tapi bab makan tak ingat dunia. Haa pantun 2 kerat!

Saya mula berDA (diet Atkins) minggu lepas. Pagi-pagi makan telor je, rasa macam nak muntah dah. Cheese makan 2 hari dah tak boleh telan. Nak muntah! Hadoii.. pastu makanan apa lagi yang boleh dimakan? Sup ayam..haa yang tu saya suka. Tapi bila dah tak bermaya akibat kurang makan, nak suap makanan ke mulut pun malas, inikan pula nak masak sup.

Akhirnya saya blur tak tahu nak makan apa kalau amalkan diet Atkins ni. Padahal menu dia tak la susah mana. Untuk dapatkan tenaga saya baham coklat berkacang kegemaran dan kitkat. Padahal benda tu semua kena pantang. Semua makanan manis kena pantang tau kan? Ke salah ni..

Air masak pulak saya sediakan dalam botol 750ml tu. Jadi saya kena habiskan 4 botol setengah sehari. Tapi bila minum banyak-banyak kerap pulak ke tandas. Masalahnya sehari tak pernah habis 2 botol pun. Hahaha

Nampak tak bermaya sangat, pekerja saya kata "Kak jangan ikut sangat diet tu..takder tenaga nanti. Minum la sket air manis." Erkkk

Akhirnya 2 minggu berdiet.. apa hasilnya? Hampeh! 100gram pun tak turun, inikan pula 1kg. Hahaha

Nampaknya saya lemah bab menyediakan makanan yang sesuai untuk diet ni. Sebab makanan kesukaan saya seperti roti dan biskut semua tak boleh makan. Jadi saya telah meneroka Group Facebook Kelab Diet Atkins (Malaysia).  Alhamdulillah dapat semangat kat situ bila tengok ada yang diet 2 minggu dah kembali langsing. Ada juga pengamal DA yang post resepi khas untuk diet DA ni.. memang mantop kau!

InsyaAllah akan berjuang lagi melawan nafsu malas dan makan makan makan.. Start balik DA dengan betol!


Sungguh bermakna sekali kehilangan ini.. haha

6 comments:

NURUL AQIDAH AZAHAR said...

xthu la..tpi pendapat ida diet atkins bhya..sbb nye kite jadi kurang tenaga mkan pun xleh karbohidrat..memang berat turun cepat tp ble dh stop amalkan diet atkins ni berat akan naik mendadak..ni pemerhatian ida la org yg pernah buat diet atkins ni

Mieza Jhaa K said...

pekerja saya cakap mcm tu jgk ida..ekstrem sgt dia kata..haha.. sampai pucat tak cukup zat

Zurina Zulkefli said...

bile berat badan kite turun mendadak..berat pun bole naik mendadak bile kita stop diet..
bahaya utk buah pinggang tau..

sayangi badan kita..

zuerieybeautysecret.blogspot.com

Mieza Jhaa K said...

wahh ye ke Zurina... tq tq

Bin Muhammad said...

Aik? Terlebih makan kek ke... hehe
Mana gambar terbaru? Macam tak caye jer dah debab! :)

Mieza Jhaa K said...

Hahaha...sy pn xcaya jgk ni..tunggu 3 bulan lagi sy post gambar baru..hahaha