Friday 23 January 2015

Blog Cinta25hb milik blogger Mieza Jhaa K

Assalamualaikum..

Waduh-waduh..blog saya ni sebenarnya tenggelam timbul sejak dari tahun lepas lagi. Ia jadi begitu selepas saya berkecimpung dalam dunia bakery sepenuh masa. Dan sekarang sedang berhempas- pulas menaikkan nama Kek Cinta Dungun di seluruh Terengganu pula. Lagii la terabai blog picisan ini.. kesian betol. Rindu kat kawan-kawan yang riuh rendah dalam blog saya dulu. Doh nok wat guaner?

Kalau dulu saya suka bercerita pasal kisah masa silam saya yang ekstrem, kelam, lawak, pilu, tak logik dek akal dan sebagainya. Semua cerita ada.. dari jatuh telaga hingga ke babi hutan dan sebagainya. Hahah..suka baca komen-komen dari kawan-kawan blogger yang suka bertandang ke sini. Ada yang memberi motivasi, ada yang memahami jiwa raga, dan ada yang selalu buat saya tersenyum bila dia datang komen. Cewaahhh kau jangan! Hahaha

Sebenanrnya setiap hari saya teringat kat blog ni tau.. cuma bila dah lama sangat tak update entry, jiwa saya hanya ingat cerita kek saja. Habis lupa pasal cerita-cerita lama yang lebih best untuk dikongsi. Ada banyak lagi tau nak cerita ni haa.. kisah bertajuk 'Dia Suami Orang', 'Aku Dulu Dan Sekarang', 'Aku Skandal', 'Hai..anak Boss', dan baaanyaakkk lagi. Tapi bila? bila?? Tungguuuuuu

Siapa Mieza Jhaa K?


Ok. Kepada sesiapa yang belum mengenali saya dan teringin nak kenal kot-kot la kan..haha. Saya ialah Mieza, nama panggilan Jhaa, dan K ialah nama singkatan suami saya iaitu Mr.K. Seorang suri rumah yang busy dengan home bakery yang diberi nama Kek Cinta Dungun, berumur 29 tahun, sudah berkahwin 4 tahun..namun belum dikurniakan cahaya mata. Mula menjadi blogger yang suka bercerita pada tahun 2012. Orang Kelahiran Besut, Terengganu dan mengikuti suami ke tempat kelahirannya di Dungun, Terengganu lalu menetap disini selama 3 tahun.

Ok itu saja tentang diri saya yang poyoo..

Selamat membaca entry-entry saya yang lepas ye kawan-kawan. Kebanyakan komen-komen semua sudah hilang kerana saya menukar kotak komen. Namun komen-komen kawan blogger masih lagi diingatan tau. Jom baca entry yang agak best dan pernah mendapat komen yang panjang berjela..

1. Hampir kena rogol dalam hutan
2. Jangan tak percaya yang saya pernah ada sugar daddy!!
3. Saya peminat Fatin Liyana. Jom  tengok gambar dia.
4. Cinta pertama yang tak kemana
5. Cinta pertamaku.. putus sudah.
6. Top entry selama 2 tahun.. Petanda Jodoh, Kau Milikku.
7. Impianku Putera Katak
8. Main mata dengan babi hutan
9. Jatuh dalam telaga yang dalam
10. Bila kakak aku dimadukan

Ok, 10 entry best. Rugi tak baca tau!


Thanks for reading.

12 comments:

yoorinmelacolea said...

hi..salam perkenalaan mieza.. =)

Shahrul Yusof said...

Welcome back Mieza :-)

Sekarang ni dah ramai bloggers yang hiatus muncul kembali.

Tengkubutang said...

hai miezaa.. yeay.. dah boleh komenn.. heeeee

Unknown said...

habis hilang komen i tau..haha

PeRdU cINta said...

Hilang sekadar di kotak komen..usah gusar..PC singgah coret komen baru..kadangkala sesuatu itu hilang pada pandangan kasarnya..namun menyusup masuk kesanubari kita..kakal menjadi memori..

Unknown said...

semalat kembali kak.. :)

Unknown said...

Selamat berkenalan yoorin.. suka nama ni..hehe

Unknown said...

Alhamdulillah. .bersemangat waja ni

Unknown said...

Benar PC.. semua komen PC masih diingatan.. amat berkesan dihati.byk memberi motivasi..terima kasih sgt.. love youuuu

Unknown said...

Thank you Fizi.. ehh bersemangat bebenor dah ni..

Unknown said...

Thank you Fizi.. ehh bersemangat bebenor dah ni..

Unknown said...

Benar PC.. semua komen PC masih diingatan.. amat berkesan dihati.byk memberi motivasi..terima kasih sgt.. love youuuu