Monday, 23 February 2015

Kek Teddy Bear lagi

Assalamualaikum.. Entry kali ni tayang kek teddy bear lagi setelah lama menyepi dari dunia blog gara-gara tempahan yang tak cukup kaki tangan musim Raya Cina baru ni.. banyak sungguh. Alhamdulillah rezeki. Betol-betol memerlukan mental dan fizikal yang sihat serta cergas untuk nak handle dunia kek ni. Amat-amat perlukan ketelitian dan planning dari awal segala kerja. Fuhh Alhamdullah semuanya berjalan lancar dan customer berpuas hati. Terima kasih juga kepada 2 orang staff saya yang sanggup bekerja tanpa henti dari pagi sampai Maghrib selama seminggu. Memang amat memenatkan, namun ada ganjarannya untuk korang. Ok dapat cuti 2 hari Ahad dan Isnin termasuk boss yang dah diseraang sakit tumit..haha


Kek Teddy Bear 3D warna pink purple ni saya buat untuk majlis hari lahir anak kawan kat Dungun. Yang ni paling puas hati sebab betol-betol seperti yang saya nak. Nampak real teddy bear.. Alhamdulillah bakat yang Allah bagi, saya pun tak jangkakan benda ni semua. Bermula dari imaginasi dan cuba hasilkan sepertimana yang dibayangkan. Nak seribu daya la kan kalau kita boleh fikir sendiri macam mana terhasilnya kek ni.. tak perlu pergi kelas. Dan pengalaman juga amat diperlukan. Saya baru 2 tahun kot dalam dunia kek. hehe



Yang warna merah ni customer nak letak gambar frozen kat tengah. Sama saiz saja dengan yang atas. Yang ni dah agak pro sebab yang ketiga berjaya dihasilkan. Customer datang order petang nak ambik pagi-pagi esok. Jangan cepat terkejut, insyaAllah sempat siap. Saya suka mendeko kek ni tengah malam sorang-sorang. Benda yang saya minat ni, mengantuk pun terus hilang. Buat sehabis baik untuk customer. Alhamdulillah awal pagi dah boleh ambil.. "Woow! cantik sangat..".. Okay ayat tu saya suka. Alhamdulillah.

4 comments:

PeRdU cINta said...

Alhamdulillah..cantik pada pandangan mata..dan pastinya hati hati dan jiwa jiwa juga turut berasa gembira..syukur..bila kita menggembirakan hati sesama insan..reward pahala yang bukan calang calang..insyaAllah..

CintaHati Lina said...

cantik sangat.. sebiji macam real teddy bear... kalu dekat mau juga saya tempah ni untuk my besday girl bulan ni... waaaaa... sangat kreatif dan cantik tau dear...

alhamdulillah.. berbakat sangat2

nurul syafiqah said...

Comelllll :)

Akak Vitamin said...

Gebunya teddy bear tuuu!