Assalamualaikum..
Alhamdulillah semangat nak update blog kembali menjelma. Ramai tertanya-tanya kemana Mieza Jhaa K ni.. tp kalau buka fb, ada je kan? Boleh bertanya khabar bila-bila masa. Saya sangat hargainya.. Kawan-kawan blogger masih lagi diingatan.
Sebelum ni entry blog saya banyak berkisar tentang kehidupan, masa lampau, kenangan, perjalanan hidup, happy2 je kan walaupun hidup susah mahupun sedih. Banyak lagi sebenarnya pengalaman nak cerita, tapi lama-kelamaan tak tahu mana nak mula pulak.. ehh
Salah satu kisah yang jarang saya cerita ialah tentang kesedihan saya sebagai seorang isteri yang belum dikurniakan zuriat. Kadang-kadang bila stress datang ada jugak merapunya kat blog..haha.. Tapi Alhamdulillah lama-kelamaan saya dapat terima dengan hati terbuka walaupun ada jugak rasa memberontak dalam diri. Kena redha.. banyak dah Allah bagi. Apa yang diminta dalam kehidupan dari susah kepada senang..dari perit kepada bahagia, semua Allah dah bagi ansur-ansur. Cuma satu tu je lagi.. sabar lah.
Alhamdullah 2 tahun lebih berkecimpung dalam dunia kek, secara beransur-ansur saya melupakan hal tersebut. Semakin hari semakin sibuk dengan tempahan. Perniagaan juga meningkat naik dengan baik, Alhamdulillah. Cuma blog pula terabai kan? heheehe
Hmm.. betol kata suami, "sabarlah..akan ada rezeki kita nanti.."
Dalam hati pula berkata dengan yakin, Ye..akan ada bila tiba masanya nanti.
Baru-baru ni saya asyik berfikir, hujung tahun ni genaplah 5 tahun usia perkahwinan kami. Kami dah rasa hidup berdua, bebas, enjoy.. DAH TIBA MASANYA .. untuk ada baby dan jadi ibu bapa yang terbaik. InsyaAllah akan ada tepat pada masanya.
Alhamdulillah, seminggu lepas tak tahu nak gembira dengan cara macam mana. Hanya terdiam dan bersyukur. Ya Allah, betol ke ni? Lepas check kat klinik baru dapat mengesahkan.. saya hamil 7 minggu. Mr.K seperti biasa, gembira pun tak tunjuk, sedih pun lagi dia tak tunjuk.. relak aje dia. Tapi saya dapat rasakan kegembiraan tu ada.
Suatu pagi Mr.K hantar mesej kat saya masa dia kat tempat kerja, "Tak lama lagi nak jadi ibu dah.. " Ya Allah, raasa macam baru tersedar dan baru percaya.. gembira sangat.
InsyaAllah, anak ini akan membesar dengan baik menjadi anak yang berguna dunia akhirat.
Hm.. nak bahasakan diri apa ye nanti dengan anak? Ummi? Mommy? Daddy?
4 comments:
Tahniah Mieza... Saya pulak rasa terlebih gembira! Syukur Alhamdulillah... :)
BM.. baru teringat kat Bm ni haa..tgh baca komen yg dulu2..hehe.. terima kasih BM.. Alhamdulillah
MasyaAllah..subhanallah..Allahuakbar...syukur..tahniah mieza dan suami..Allah tahu masanya sudah tiba..Allah tahu ini ketikanya..dan Allah izin semuanya..PC tumpang gembira..jaga Allah..insyaAllah,Allah lebih2 lagi jaga kita..
Ya Allah PC..menangis baca komen ni.. Terima kasih PC..
Post a Comment