Tuesday 19 June 2012

Nyanyuk ke apa

Pernah tak anda mengalami situasi seperti terlupa apa yang ingin dilakukan sekejap lagi atau sering terlupa dimana anda letak kunci kereta, telefon, dan sebagainya?

Oh.. memang teruk. Inilah yang sering terjadi kepada aku suatu masa dulu. Sebenarnya bukan sekadar dulu, sekarang pun sama tapi makin berkurang la. Tak seteruk dulu..hehe

Pernah aku ke dapur untuk ambil sesuatu dalam peti ais, tapi bila buka pintu peti tiba-tiba fikiran jadi blur..macam orang lupa ingatan. Tak tahu apa nak ambik. Jadi terpaksa la aku tutup semula dan buat kerja lain dulu sehinggalah aku ingat balik. Memang menjengkelkan!

Kalau pergi kemana-mana memang wajib bawa handbag. Awas!Jangan sesekali pegang purse dan handphone kat tangan. Kalau masuk ke kedai je aku terus lalai. Tengah syok2 pilih barang aku pasti letak sekejap beg atau kunci kereta. Pastu terus pergi begitu aje. Last2 nak masuk kereta tak boleh, kunci takder. Takpun nak bayar tak boleh, purse hilang. Kalut sekali pusing kedai cari purse pulak. Lucukan!

Tapi setakat ni takder lagi barang aku hilang disebabkan kecuaian aku tu. Nasib baik! Pernah aku letak handphone atas riba masa memandu. Bila keluar dari kereta aku tak perasan yang handphone aku dah jatuh ke tanah. Aku tinggal begitu sajalah sehingga tiba masa nak guna hp tengok2 dah takder dalam beg. Kemana pulak? Tadi rasanya aku guna dalam kereta. Then, bergegas pergi cari dalam kereta sambil buat misskol berkali-kali. TiBA2! ada orang angkat, terkejut badak la jugak. Tapi alhamdulillah dia kata hp ada ngan dia and dia bagi alamat suruh pergi ambik. Bergegas aku pergi ambik, nasib baik suami tak membebel..Hahaha. Dan nasib baik juga orang baik hati yang terjumpa. Kalau tak, hp baru la jawabnya.. yeyy!

Cara merawatnya

Dulu aku ambik omega 3 keluaran Halagel sebab dada aku  sakit2 macam orang sakit jantung. Rupanya saluran darah aku tak lancar. Beberapa bulan aku ambik omega 3, sakit dada tu hilang. Tapi secara tak sengaja, penyakit pelupa tu pun hilang sekali. Syukur Alhamdulillah, gembira sangat.

Tapi setelah setahun aku tak ambik omega 3, rasa macam penyakit tu datang balik sekarang ni. Mungkin sebab tak jaga pemakanan, banyak makan makanan ringan. Kena makan omega 3 plak ni. Omega 3 ni bagus tau. Kita akan rasa lebih tenang, lagi2 untuk orang yang kalut macam aku ni. Kalut sana kalut sini habis terlupa semua benda. Nanti anak pun aku tertinggal kat pasaraya agaknya, asyik sangat pilih barang. Nak masuk kereta baru terperasan anak takder.. Bahaya2!

2 comments:

Unknown said...

owhyeke akak minum omega tu bgus? boleh ilang lupa2 yg ada eyh? dik pun dok sakit dada jgk ni akak..huhu...adoiii

Unknown said...

haa maknanya ada kena mengena la tu sakit dada dengan pelupa.. saluran darah tak betol.. jadi ubatnya makan la Omega 3