Assalamualaikum...
Di kalangan manusia ada 2 jenis mata, mata lalat dan mata lebah.
Mata lalat :
Cuba
perhatikan jika lalat terbang di taman bunga yang indah , apakah yang ia
perhatikan ?
Lalat walaupun di taman yang penuh dengan bunga2 & pohon yang cantik , ia
tetap akan mencari
makanan yang kotor.
Mata lebah :
Cuba
perhatikan pula jika lebah terbang di kawasan pembuangan sampah , apa yang ia
cari?
Ia tetap mencari bunga yang wangi untuk dijadikan makanannya.
Apa moral dari dua jenis keadaan ini ?
Apakah kita dari jenis mata lalat yang hanya mencari kelemahan orang lain ?
Adakah kita mahu jadi seperti lalat, yang mencari makanan kotor , kemudian
hinggap pula pada sajian manusia dan kemudian
membawa mudarat kepada yang memakannya?
Atau kita dari jenis mata lebah yang sentiasa mencari kebaikan orang lain?
Adakah kita seperti lebah
yang meghasilkan madu yang dapat menjadi ubat penawar pada penyakit manusia?
Alangkah baiknya jadi seperti lebah , hanya mencari yang elok meskipun dalam
keaadaan yang kurang elok.
Sentiasalah bersangka baik. Apabila bersangka baik, tutur kata, tindakan,
segalanya akan menjadi baik. Marilah kita bersama-sama muhasabah diri....
Pesanan ini untuk diri saya juga.
Wassalam.
Tq 4 reading this entry!
No comments:
Post a Comment