Oh.. memang teruk. Inilah yang sering terjadi kepada aku
suatu masa dulu. Sebenarnya bukan sekadar dulu, sekarang pun sama tapi makin
berkurang la. Tak seteruk dulu..hehe
Pernah aku ke dapur untuk ambil sesuatu dalam peti ais, tapi
bila buka pintu peti tiba-tiba fikiran jadi blur..macam orang lupa ingatan. Tak
tahu apa nak ambik. Jadi terpaksa la aku tutup semula dan buat kerja lain dulu
sehinggalah aku ingat balik. Memang menjengkelkan!
Kalau pergi kemana-mana memang wajib bawa handbag. Awas!Jangan
sesekali pegang purse dan handphone kat tangan. Kalau masuk ke kedai je aku
terus lalai. Tengah syok2 pilih barang aku pasti letak sekejap beg atau kunci
kereta. Pastu terus pergi begitu aje. Last2 nak masuk kereta tak boleh, kunci
takder. Takpun nak bayar tak boleh, purse hilang. Kalut sekali pusing kedai
cari purse pulak. Lucukan!
Tapi setakat ni takder lagi barang aku hilang disebabkan
kecuaian aku tu. Nasib baik! Pernah aku letak handphone atas riba masa memandu.
Bila keluar dari kereta aku tak perasan yang handphone aku dah jatuh ke tanah. Aku tinggal
begitu sajalah sehingga tiba masa nak guna hp tengok2 dah takder dalam beg. Kemana pulak? Tadi rasanya aku guna dalam kereta. Then, bergegas pergi cari dalam kereta sambil buat misskol berkali-kali. TiBA2! ada orang angkat, terkejut badak la jugak. Tapi alhamdulillah dia kata hp ada ngan dia and dia bagi alamat suruh pergi ambik. Bergegas
aku pergi ambik, nasib baik suami tak membebel..Hahaha. Dan nasib baik juga orang baik hati yang terjumpa. Kalau tak, hp baru la jawabnya.. yeyy!
Cara merawatnya
Dulu aku ambik omega 3 keluaran Halagel sebab dada aku sakit2 macam orang sakit jantung. Rupanya saluran
darah aku tak lancar. Beberapa bulan aku ambik omega 3, sakit dada tu hilang. Tapi
secara tak sengaja, penyakit pelupa tu pun hilang sekali. Syukur Alhamdulillah,
gembira sangat.
Tapi setelah setahun aku tak ambik omega 3, rasa macam
penyakit tu datang balik sekarang ni. Mungkin sebab tak jaga pemakanan, banyak makan makanan ringan. Kena makan omega 3 plak ni. Omega 3 ni bagus
tau. Kita akan rasa lebih tenang, lagi2 untuk orang yang kalut macam aku ni. Kalut
sana kalut sini habis terlupa semua benda. Nanti anak pun aku tertinggal kat
pasaraya agaknya, asyik sangat pilih barang. Nak masuk kereta baru terperasan
anak takder.. Bahaya2!
2 comments:
owhyeke akak minum omega tu bgus? boleh ilang lupa2 yg ada eyh? dik pun dok sakit dada jgk ni akak..huhu...adoiii
haa maknanya ada kena mengena la tu sakit dada dengan pelupa.. saluran darah tak betol.. jadi ubatnya makan la Omega 3
Post a Comment