Saturday, 7 July 2012

Keikhlasan Si Kembar Hati

Assalamualaikum..

Kalau hati gembira, senyum pun ikhlas.. kalau hati dah geram, apa pun tak ikhlas da.. Segalanya bergantung pada hati..

Ada juga permulaannya ikhlas je, tapi bila rasa tidak dihargai.. hati jadi sakit. Pastu mula la ungkit yang lepas-lepas. Semua jadi tak ikhlas dah lepas tu.Takut betol perasaan macam ni. Semoga aku dijauhi dari hati yang tidak ikhlas disebabkan banyak makan hati.

Pandai-pandai la jaga hati ye.. kerana segala permasalahan bermula dari hati kita. Kalau rasa keikhlasan sudah tiada lagi, cuba bertenang dulu.. jangan teruskan memberi tanpa keihlasan, kerana ia pasti berbau hapak. Hehe

Bayangkan, semua benda kita nak buat.. nak beli apa saja untuk dihadiahkan. Tiba-tiba ia tidak dihargai. Hati mula berbisik, menyesal aku beli.. Then, syaitan pulak menyampuk.. “Lain kali tak payah peduli, buat begini..begini..begini..”

Orang mula rasa pelik dengan kita.. kenapa dia berubah hati ye? Dulu baik je dengan aku.. kenapa sekarang jadi berkira sangat? Syaitan pun berbisik “Memang perangai dia macam tu pun.. sebelum ni dia nak ambik hati kau je. Sekarang dia dah dapat kan.. dia bukannya ikhlas pun”

Lama-kelamaaan toksik dalam hati makin termendap dan akhirnya menjadi bom atom. Tunggu masa je nak meletup bila dicucuh api.

Jadi kesimpulannya disini, hati-hati lah dengan hati mu sendiri. Mudahnya kita termakan hati dek kerana diracuni syaitan dan bisikan hati jahat. Sebab tu nak jaga hati iman kena ada. Tanpa iman di dada siapalah kita.


Tq 4 reading this entry!

No comments: