Sunday, 29 July 2012

Wahai Isteri.. Susah sangat ke untuk...



Membelai rambut suami sambil merenung jauh ke dalam anak matanya setiap hari dengan penuh kasih walaupun seminit?

Membelai rambut suami ketika dia tidur dan berdoa semoga dia kasih dan cinta kita?

Memohon maaf jika ada kesilapan yang tidak disengajakan?

Bertanya suami keadaan di tempat kerja hari ini? Penat ke? (Sambil memicit-micit betisnya seketika dengan wajah yang manis)

Menyembunyikan kepenatanmu dengan kerenah anak-anak sewaktu suami pulang dari kerja?

Bertenang dan tidak menaikkan suara bila berkata-kata dengan suami?

Memahami naluri seorang lelaki? Sifat kelelakian? Tanggungjawab seorang suami? Egonya serta PERASAANnya?

Memahami setiap situasi suami yang kesempitan?

Membawa secawan air kepada suami walaupun tanpa dipinta?

Merahsiakan segala hal berkaitan kamu dan suami dari pengetahuan orang lain?

Menghargai setiap pemberian suami dengan ucapan TERIMA KASIH?

Berhias cantik dan berwangi-wangian untuk suami di rumah?

Mengenang segala kebaikan suami sewaktu dia tersilap langkah?

Diam ketika hati suami yang sedang membara?

Berfikir seketika dan mencari langkah yang wajar untuk menegur kesilapan suami?

Dan pelbagai lagi tip-tip kebahagiaan rumahtangga yang boleh dipraktikkan

---------------------------------------------------------------------------------

Hari ini ramai suami/isteri mengeluh kerana sikap pasangan masing-masing. Saling menuding jari atas keretakan perhubungan. Hidup sebumbung tapi membawa haluan sendiri. Kehidupan berumahtangga tidak lagi semanis zaman bercinta yang dulunya bagaikan belangkas!

Setiap yang terjadi pasti ada permulaannya. Samaada kita tahu ataupun tidak pernah perasan apa kesilapan yang telah kita lakukan. Jika ia masih awal, cepat-cepatlah redakannya. Jangan biarkan ia menular dari seinci menjadi beratus kilometer panjangnya. Dapatkah kita undur balik kepermulaan?

Wahai suami/isteri, jalankan tugas kamu yang sepatutnya. Jangan sesekali abaikan walaupun ia perkara kecil.

Wahai isteri, kau lah pembantu suami dalam rumahtanggamu.  Cara dan sifatmu lah yang membentuk sebuah keluarga bahagia. Ditanganmu ada kunci kebahagiaan. Jika Siti Khadijah yang menjadi contoh tauladanmu, datanglah suami berhati batu sekalipun ia pasti akan cair bagaikan coklat!

Di sini, saya lebih mementingkan tugas seorang isteri. Kerana saya juga seorang isteri. Disekeliling saya penuh dengan riuh rendah isteri bertelagah dengan suami. Perkahwinan sudah bertukar menjadi medan percakaran agaknya. Hati masing-masing panas menahan gelodak yang terkumpul bertahun lamanya.

Ottokea?? Bagaimanakah ini boleh terjadi, sedangkan dulu kamu amat menyintainya? Kamu sendiri yang memilih pasanganmu dan bukannya pilihan ibu bapa seperti zaman dahulu.

So, lihatlah senarai diatas. Adakah kamu pernah melakukan perkara-perkara tersebut sejak dari awal berkawin? Jika tidak pernah, cubalah berubah. Kawal hati dan perasaanmu itu. Bunuh semua syaitan-syaitan yang tidak pernah jemu menghasut untuk meruntuhkan rumahtanggamu.

Ah, cakap saja memang la senang! Kamu tak berada ditempat saya! Pastinya ada antara kamu yang berfikiran begitu. Tapi ubahlah sikapmu itu untuk mengejar kembali kebahagiaan yang sudah lama kering.

Memang kamu merasakan bahawa ia tidak perlu lagi kerana hati sudah lama hancur. Kamu merasakan sudah banyak usaha yang telah dilakukan dan ia sia-sia sahaja. Bertepuk sebelah tangan tidak menghasilkan apa-apa.

Tapi ingatlah, bantuan Allah sentiasa ada bagi orang-orang yang berusaha dan bersungguh-sungguh inginkan kebahagiaan. Ia TIDAK MUSTAHIL! Berdoalah.. mintalah kepadaNya dengan kesungguhan hati..

Itulah dugaan rumahtangga. Ada berat ada ringan. Jika rapuh talinya, maka putuslah ia. Dugaan itu untuk menguji sejauh mana cinta kamu terhadapnya. Maka, sabarlah dengan setiap dugaan yang Allah berikan. Kesabaran adalah penentu kepada pendek atau panjangnya sesuatu masalah.

1 comment:

Anonymous said...

Terbaekk