Saturday, 28 July 2012

Diari Cinta


Ia hanyalah madah cinta yang selalu kita dengar dan baca. But, inilah yang selalu terjadi disekeliling kita. Saya sudah merasa manisnya cinta. Tetapi kepahitan cinta telah merubah rasa manis itu. Walaupun begitu, cinta tidak mudah pergi dalam hidup saya. Ia sentiasa didambakan. Ia tidak pernah pupus..

Cinta itu tidak pernah meminta, tetapi cinta sentiasa memberi.

Seseorang yang benar-benar tidak berdosa akan mengorbankan diri demi kebaikan orang lain, termasuk musuh-musuhnya dan menjadi tawanan dunia. Itulah cinta yang sempurna.

Setiap perkara yang terbaik dan terindah di dunia ini tidak akan dapat dilihat atau didengar, tetapi harus dirasakan dengan hati.

Kenapa harus bercinta andai kita tidak tahu cara menghargainya?

Kasih sayang dan percaya antara satu sama lain adalah satu perkara yang wajib ada dalam bercinta.

Dan yang paling penting adalah SETIA padanya, jangan terlintas sedikitpun perasaan untuk meninggalkan dia atas sebab-sebab yang remeh-temeh.

Dalam hubungan yang kurang mesra, kesabaran adalah penting untuk menjadikan hubungan itu bertambah mesra.

Perkara yang sangat menakjubkan di dunia ini adalah apabila diketemukan dengan sesama manusia yang saling menghargai, lahir dari kedalaman, keindahan dan kesenangan.

Hanya hati yang mampu menilai cinta sejati. Dengarkanlah kata hati kerana cinta sejati itu tidak berlandaskan nafsu. Lahir dari sifat suci dari kasih dan sayang.

Kekecewaan terlalu pahit untuk ditelan, terlalu payah untuk dilupakan namun dalam cinta pasti akan merasai kecewa dan dikecewakan walau bukan itu matlamat dalam setiap percintaan.

Kadangkala orang yang paling mencintaimu adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya. Dan bila suatu masa dia hilang darimu.. kau akan menyedari dia adalah cinta yang tidak pernah kau sedari..

Usahlah meratapi perpisahan kerana jodoh pertemuan bukan di tangan kita. Atas rahmatNya kita bertemu si dia dan dengan kasihNya juga kita dipisahkan bersama hikmah yang tersembunyi. Tidakkah kita terfikir kebesaran Allah?

Semua orang punya rasa cinta. Tapi tidak semua merasai cinta. Semua orang pernah bercinta tapi tidak semua mengecapi bahagia.

Bila mencari teman hidup, carilah yang SERASI. Tetapi terkadang keserasian itu boleh hilang bersama masa dan keadaan. Maka segalanya terpulang pada kebijaksanaan kita.. pada akal waras kita.. untuk kembali mencari keserasian itu.

Kebahagiaan bukan diukur sejauh mana tempoh sesuatu perhubungan. Ianya berlandaskan persefahaman, keikhlasan, kejujuran, kesetiaan, menerima kekurangan, bertolak ansur, susah senang bersama walaupun dalam pertemuan yang singkat.

Mungkin benar tatkala kita kehilangan barulah kita menyedari. Mungkin benar saat kita terluka barulah kita mengerti. Mugkin benar bila kita rasakan rindu yang sangat mendalam barulah kita tahu seberapa besar makna dan erti seseorang bagi kita.

Jika kita kehilangan cinta, pasti ada alasan di sebaliknya. Alasan yang kadang-kadang sukar untuk dimengertikan. Namun percayalah bahawa ketika Dia mengambil sesuatu, Dia telah mempersiapkan sesuatu yang lebih baik untuk diberikan.

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat. Kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi yang lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi.

Jadilah seorang wanita yang berada dalam sebuah balang kaca, sukar dicapai dan sukar untuk dimiliki. Hanya orang tertentu sahaja yang mampu memilikinya.

Gerak geri memberi pengertian kepada perasaan yang tidak terucap oleh kata-kata.

Kadangkala kita menyedari betapa dalamnya kita menyintai seseorang, disaat kita sedang kehilangannya.

Tidakkan kita merasai indahnya cinta jika dalam cinta itu tiadanya hadir cinta untuk Yang Esa.




No comments: