Friday 15 March 2013

Tido tanpa bantal. Adakah menjadi satu tabiat buruk?

Assalamualaikum :-)

Saya yakin korang memang tak lena tido tanpa bantalkan? Bukan sekadar bantal kepala tapi siap dengan bantal golek bantal peluk bantal busuk teddy bear dan sebagainya lagi buat teman tido..kan kan.. 

Tapi saya ISTIMEWA but not OKU ok. Kerana saya tido tanpa bantal!
Kisahnya bermula bila saya diserang sakit tulang belakang yang agak lama. Sakit tak terhingga. Banyak kemungkinan kenapa ia terjadi. Mungkin sebab saya suka duduk membongkok macam bentuk C atau mungkin sebab tilam.

Ada yang kata saya kurang minum air. So saya pun perbanyakkan air, tapi tetap kurang berkesan. Kadang-kadang ok kadang-kadang datang balik. Stress memikirkannya. Kadang-kadang fikiran tahyol ni terbayang ada hantu dok bertonggek atas belakang. Oh no..dijauhkan dari tu semua.

Ada 1 penyelesaian yang agak berkesan. Iaitu KIROPRAKTIK. Eh apakebenda tu? Tu la rawatan untuk perbetulkan tulang belakang yang bengkok dengan menggunakan cara tekan serta langkah yang perlu dipelajari dulu ye. Jangan main tekan je. Patah 4 tulang kau nanti!
Sekali buat KIROPRAKTIK ni tahan la sebulan lebih kot. Pastu dia serang balik. Adoi.. Sakit yang amat u know.

Dipendekkan cerita saya tukar tilam empuk kepada tilam kekabu. Kesian pulak kat darlingku kena tido atas tilam keras. Mujur dia pun suka je. Alhamdulillah memang berkesan. Tak sakit dah. Laa masalah tilam rupanya.

Akan tetapi... Lepas tu tengkuk pulak sakit. Siap ada bunyi macam tengkuk patah bila saya berpaling ke kiri kanan. Sakit sampai stress! Suatu malam yang dingin disebabkan kerana stress tersebut saya tido tanpa bantal dengan muka berkerut seribu. Pasti hodohkan?

Eh..bila bangun tido keesokannya saya rasa tak sakit dah. Alhamdulillah. Nikmatnya sihat selepas sakit. So malam-malam selepasnya saya try tido tanpa bantal. Yeeaayy..memang berkesan. Sakit belakang hilang, sakit tengkuk pun hilang. Keceriaan juga bertambah. Hahaaha

Sampai la hari ni dah hampir setahun lebih saya tido diatas tilam kekabu yang keras tanpa bantal. Senang kalau nak berkhemah ni. Tak payah bawak bantal, baring je atas tanah.
But tiba-tiba saya terfikir, ia baik tak untuk kesihatan mental dan fizikalku? Manalah tahu kan, ia memberi kesan buruk yang lebih teruk di masa akan datang. Tak pun bila tua nanti. Hmm.. Semoga dijauhi semua tu. Semoga saya sentiasa sihat walafiat. Dan dapat menjadi isteri yang bagus. Aamin.


Thanks 4 reading my entry!

6 comments:

Akupenghibur.com said...

ooooo cm tu ke ???? wahh unik nie ... boleh asuk pelik tapi benar ..

Unknown said...

Saya memang unik..hahaha

Dayang Deno said...

deno guna bantal tapi kadang2 tak guna.. hehe

Unknown said...

saya lebih gemar kalau bantal tu berada kat atas kepala saya daripada bantal tu berada kat bawah kepala.. tak tahu la kenapa.. dah terbiasa kot :D

Unknown said...

Ehh...xguna jgk dik? Sakit tengkuk jgk ke?

Unknown said...

Haha..jgn lemas sudah la..