Pertemuan disaat aku dalam dilema tidak memberi apa-apa makna dihatiku. Kau hanyalah sekadar tetamu yang bertandang. Kemesraan dan keceriaan diwajahku hanya untuk mengaburi hati yang sedang lara. Aku keliru. Jalan manakah yang harus aku pilih setelah memilih untuk membawa haluan sendiri. Terawang tanpa ada tanda arah. Keseorangan menghadapi pelbagai rintangan hidup. Tiada lagi tempat mencurah segala kekusutan.
Samada ingin berpatah balik atau teruskan perjalanan. Sakitnya melepaskan sebuah cinta yang telah bertahun aku semai sepenuh hati. Namun aku sedar akhirnya, bahawa cinta sahaja tidak cukup untuk kebahagiaan masa depan. Banyak perkara yang harus dipertimbangkan sementara masih ada peluang. Demi masa depan aku harus berkorban.
Tiba-tiba engkau hadir mengubati luka itu. Sebagai seorang teman yang sudi mendengar dan memahami. Keserasian yang terbit antara kita memberi kesenangan untuk bersama. Beriringan berjalan sebagai peneman hari-hari yang kesepian tanpa tercinta disisi. Kisah kita sama. Sama-sama terluka kerana cinta pertama.
Kesakitan semalam sudah terubat. Kau berjaya menghilangkan segala luka dan duka. Kehadiranmu amat bermakna. Amat dihargai. Terima kasih Ya Ilahi kerana telah mengirimkan seorang teman yang baik hati sebagai peneman saat ku kesepian. Terdetik satu perasaan, aku berbahagia disisimu.
Namun keselesaan kita tidak berpanjangan. Aku terpaksa menerima hakikat bahawa aku bukan siapa-siapa disisimu. Hanyalah seorang teman. Masih ada yang lebih menyayangi dan memerlukanmu. Ya, aku sudah kuat menghadapi hari mendatang dengan bantuanmu. Pergilah demi kebahagiaan dan masa depanmu. Aku doakan kau berbahagia selamanya.
Tiba-tiba disaat tiba masanya kau harus pergi, hatiku rasa sesuatu. Jantungku berdegup kencang dan nafasku bagaikan tersekat. Tanpa kusedari air mataku berderaian. Dunia dirasakan teramat sepi dan kelam. Kenapa begini? Aku keliru. Aku menyoal diri sendiri berkali-kali. Kenapa? Kenapa? Kenapa aku harus menangis? Namun aku semakin keliru dengan perasaanku sendiri.
6 comments:
wahhhhh
Ooo..curi2 masuk umah orang ek..haha
wow.. tapi dah ada penggantikan ..:) Allah itu sebaik perancangan
Akan bersambung..sesuatu yg lebih tragik..hehehe
Alamak terbaca cerita sweet dulu baru baca yang sedih pulak.. silap nih, takpe sekurang2nya entri ni beri pengajaran pada iha, sekali failed tak bermakna failed lagi lepas ni kan.. ehh jangan salah faham, kita dak baik, single lagi tau.. :P
Cinta tragis dik..terkena pada akak akhirnya,..sebagai pengajaran untuk anak-anak kelak..
Post a Comment