Friday, 11 January 2013

Penghulu Segala Hari

Assalamualaikum rakan2 yang dihormati..

Selamat Hari Jumaat semua. Sedang buat apa ye masa ni? Adakah sedang menikmati waktu rehat ditempat kerja? Sedang warga lelaki pula berduyun-duyun ke masjid, atau ada yang pondan? hehe..

Kalau kat kawasan Pantai Timur macam aku ni lepaking dirumah sajalah hari ni. Menikmati cuti yang menyeronokkan. Bagi surirumah macam aku jugak, dah menjadi rutin menunggu kepulangan suami dari masjid. Syoknya makan sama2 setelah masak sedap-sedap dan berlapar seketika. Biasanya makan tengah hari pukul 1:00 tengah hari. On time you! But today memang special day lah, pukul 2 baru bleh makan. Maklumlah Jumaat adalah Penghulu segala hari, so kena solat dulu ok. Jangan menghadap makanan je berjam pastu solat pukul 3 petang! (membebel like makcik2)

Hari ni aku bantu mak mertua masak nasi, goreng ikan, then bikin kari kepala ikan POWER!(tolong kacau je atas dapur..hahaha).. Sementara mak mertua aku pulak buat kerabu pucuk selom. Uoll kenal? Pernah makan? Ooo..tak sukaa. Tak per lah. Itulah makanan orang kampung yang menjadi kegemaran nenek moyang uoll dulu2. Bahkan sekarang pun masih menjadi kegemaran. U knowkan harga nasi kerabu sekarang. 5 hinggit sebungkus! Errkk.. Dulu 50 sen je beb! 

Ah tak adil lah kalau nak samakan harga dulu yang semuanya free. Petik belakang rumah je. Sekarang daun selom tu pun kena beli. Ikan pun mahal. Kelapa RM2.20 sebijik! Ye lah. Betol lah tu harga nasi kerabu sekarang macam tu.. (mata kuyu mulut muncung tak puas hati)

Ok, back to the tittle sebenarnya nak cerita pasal rutin hari Jumaat. Dan sekarang aku tengah lapar! Hahaha

Ok, tq 4 reading my entry!

No comments: