Wednesday, 27 February 2013

Murah murah je..

Assalamualaikum



Handphone peneman setiaku dah mula menunjukkan tanda tanda uzur. Tapi berbaloi la 4 tahun dah pakai siap bawak berenang lagi. Memang tahan lasak kan hp sony. 2 biji dah saya pakai, walaupun baju dah koyak rabak namun jantungnya tetap berfungsi dengan elok. Cayalah!

Tapi kali ni dia dah benar benar uzur. Nak celik mata pun tak larat dah nampaknya. Hmm awak rehat rehat saja lah mulai hari ni ek. Nanti saya cari pengganti awak, tapi dia mungkin tak sehebat awak la sony. 


Samsung harga Rm59 jee. Asalkan boleh mesej and call sudah cukup.

Buat apa beli hp mahal-mahal kalau functionnya kita tak guna. Baik beli hp murah senang dibawa, ringan, tahan lasak, dan bateri tahan seminggu. Kalau hilang pun, tak der air mata yang nak keluar. 

*eh, samsung galaxy s3 mini pun ada?? Apakah saya telah ketinggalan zaman?

Tq 4 reading my entry!

2 comments:

Seneorita Baharin said...

hehe, betul tu akak, kalau beli mahal2 tp xfunctio die xtau guna n cepat rosak buat apa kan..setuju sgt.. :D igt lg time zmn sekolah dlu, 1st nset pakai 3310, n tepon yg ada torchlight tu, hahaha, mmg best, jatuh berapa kali pun tetap xrosak n sgt tahan lasak..heheee

Mieza Jhaa K said...

Haha..akak ada simpan lagi nset 3310 tu. Sekarang dah bertambah la koleksi nset terpakai dlm kotak. Harap 30 tahun lagi ada orang nak beli..haha